Joan Laporta menganggap Arab Saudi kini sedang merosakkan bola sepak, kerana pemain datang ke sana semata mata kerana wang.
Baca Juga:
- Pep Guardiola Jangka Lebih Ramai Pemain Berhijrah Ke Liga Arab Saudi
- Ighalo: Cristiano Ronaldo Bermain Di Liga Arab Saudi Sebab Wang
- Massimo Morrati: Kelab Arab Saudi Sangat Mengerikan
Jadi presiden Barcelona itu risau dengan matlamat sebenar pemain pemain bola sepak pada hari ini bermain bola sepak.
Arab Saudi dianggap sedang merosakkan bola sepak dengan bidaan perpindahan rekod dunia dan tawaran gaji yang besar bagi menarik perhatian pemain datang ke sana.
Presiden Barcelona Joan Laporta telah memberitahu CNN Sport bahawa “tiada alasan sukan” langsung di sebalik pemergian pemain ke Arab Saudi.
Laporta berkata: “Nasib baik, kebanyakan pemain kami masih menyukai Kelab Bola Sepak Barcelona.”
“Mereka suka dengan kelab kami kerana cara kami menguruskan kelab, untuk jenis pemain yang kami pernah miliki pada masa lalu dan pada masa kini.”
“Apabila seorang pemain, lebih suka pergi ke Arab Saudi, pada dasarnya ia tidak ada alasan sukan di sebalik keputusan itu. Pasti ada sebab lain yang menjadi keutamaan.”
“Dan bola sepak mesti menjadi keutamaan – sebab sukan mesti menjadi keutamaan dalam pilihan tersebut.”
Walaupun tidak senang dengan perkembangan bola sepak di Arab Saudi, namun Laporta terbuka untuk menawarkan kepakaran kepada negara tersebut untuk membantu mereka membangunkan bola sepak dengan betul
“Bola sepak adalah sukan berpasukan. Sudah tentu, pemain berbakat membantu kita mempromosikan sukan ini dan menggembirakan peminat kerana bakat adalah bakat, tetapi … pasukan adalah keutamaan.”
“Pandangan saya — adalah lebih penting untuk mereka mendapatkan bantuan daripada kelab tradisional, khususnya kelab Eropah,” tambah Laporta.
“Terdapat kelab besar Eropah, termasuk Barcelona, yang boleh membantu pasukan ini dalam Liga Pro Saudi untuk memindahkan pengetahuan kami dan membantu mereka meningkatkan pasukan mereka.”
“Saya fikir ini adalah cara untuk melakukannya. Mungkin dengan pembinaan akademi bola sepak, tetapi pada masa yang sama dengan kerjasama secara langsung untuk meningkatkan kualiti pasukan ini dari segi bola sepak.”