Presiden Barcelona, Joan Laporta mendedahkan bahawa Lionel Messi sememangnya mempunyai keinginan untuk kembali menyarung jersi kelab tersebut.

Meninggalkan Barcelona pada musim 2020/21, Messi memilih untuk beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan selepas dua musim, beliau melihat langkah seterusnya perlu dilakukan oleh beliau.

Ketika ramai yang beranggapan Messi akan kembali ke Barcelona, beliau akhirnya mempunyai keputusan mengejut dengan menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami.

Seperti diketahui, Inter Miami merupakan kelab yang dimiliki bersama David Beckham dan Jorge Mas serta anaknya, Jose Mas.

“Pemain itu [merujuk kepada Lionel Messi] mahukannya [berhijrah ke Barcelona], bapa beliau juga mahukannya tetapi dengan rentak yang berbeza.”

“Kami tidak mahu berlaku lagi perkara seperti kali terakhir dulu,” ujar Laporta menurut laporan Goal.

“Dia memberitahu kami bahawa dia memutuskan untuk menyertai Inter Miami kerana dia telah menghabiskan masa yang sangat sukar di Paris.”

“Dimana dia berada di bawah banyak tekanan, manakala di Miami dia akan lebih tenang dan boleh memikirkan tentang skuad kebangsaan Argentina.”

“Walaupun dia mahu datang ke Barcelona, dia tidak mahu menghabiskan satu lagi tahun seperti ini. Ia boleh difahami dan kami sedang mengusahakan satu penghormatan besar kepada Messi yang perlu dilakukan oleh Barcelona,” tambah Laporta lagi.

Selain Messi, seorang lagi legenda Barcelona iaitu Sergio Busquets turut memilih untuk ‘menghilangkan tekanan’ di padang bersama Inter Miami.

 

Sumber