Christian Pulisic sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang beliau untuk Chelsea.

Kali ini beliau menjaringkan gol dalam aksi berdepan dengan Crystal Palace.

Jika sebelum ini Frank Lampard menyatakan beliau mahukan Pulisic lebih tajam di hadapan gol untuk berada setaraf dengan pemain seperti Mohamed Salah, Raheem Sterling dan Sadio Mane.

Dan kali ini Lampard memuji ketajaman pemain itu.

Chelsea menang 3-2 ke atas Crystal Palace. Dalam aksi yang menyaksikan pasukan pelawat cuba memberikan kejutan lewat di Stamford Bridge.

Giroud dan Pulisic memberikan Chelsea dua gol pendahuluan awal.

Namun Wilfried Zaha merapatkan jurang gol untuk Palace.

Tammy Abraham kembali memberikan kelebihan dua gol kepada Chelsea dengan gol pada minit ke-71.

Namun tidak lama kemudian, Christian Benteke menjaringkan gol kedua untuk Palace.

Bercakap tentang Pulisic selepas tamat perlawanan, Lampard berkata: “Beliau tiba dalam situasi yang sukar pada awal musim dan tidak dapat memecah masuk ke dalam pasukan utama.”

“Namun beliau menggerakkan permainannya ke tahap lain.”

Pulisic kini sudah menjaringkan 8 gol daripada hanya 16 permulaan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Malah beberapa minggu kebelakangan ini, Pulisic mulai dibandingkan dengan Eden Hazard. Namun Lampard enggan melayan perbandingan itu.

Chelsea kini berada di tangga ketiga dalam dalam carta Liga Perdana Inggeris.

“Pulisic memiliki bakat yang hebat,” tambah Lampard lagi.

skysports-tammy-abraham-chelsea_5033084

“Saya tidak meletakkan sebarang had untuk beliau, jadi beliau tak mengejutkan saya.”

“Saya tahu bakat yang dimilikinya dan saya mahu membantunya ketika pertama kali beliau menjejakkan kaki ke sini, kerana sifat liga ini yang fizikal.”

“Saya mahu menguruskan beliau, malangnya ketika itu beliau dilanda kecederaan serius.”

“Namun dengan kedahagaan yang beliau ada, kualiti yang beliau tunjukkan, dan produk akhir beliau adalah perkara yang sangat mengujakan. Sejak liga ini bersambung semula, beliau sangat luar biasa.”

“Jika kamu lihat pemain penyerang berkelas dunia, mereka akan sentiasa menjaringkan gol yang memberikan kemenangan. Dan buat masa ini beliau melakukannya. Saya sangat gembira dengan beliau.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Mimpi Ngeri Buat Arsenal, Kad Merah Dan Keciciran Mata Pada Minit Akhir

Klopp Beri Amaran Kepada Pemain Agar Tidak Mengejar Rekod City Dan Sunderland

Lewandowski Lepasi Angka 50 Gol