Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) hari ini mengumumkan sebanyak 6000 helai jersi Home 2021 sudah habis dijual kurang dari tempoh 48 jam sejak dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari lepas.
Mereka merupakan pasukan pertama Liga Malaysia yang melancarkan jersi bagi menghadapai musim 2021, serta menerima pelbagai respon positif daripada penyokong setia Selangor dan juga pemerhati bola sepak Malaysia untuk rekaan jersi yang diinspirasikan daripada pasukan Merah Kuning sewaktu menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1986 itu.
“Untuk rekod, jersi yang menerapkan elemen bunga tanjung sebagai simbolik negeri Selangor ini telah habis dijual sebanyak 6,000 helai kurang dari tempoh 48 jam di kedai online Selangor FC dan di kesemua vendor pengeluar jersi rasmi pasukan Merah Kuning, Joma.
“Selain menerima komen-komen positif di laman sosial, jersi retro bertemakan “Legasi Mokhtar Dahari” ini juga mendapat perhatian portal-portal sukan di dalam dan luar negara terutamanya daripada Indonesia.
“Ini kerana salah seorang pemain legenda mereka, Ristomoyo Kassim juga merupakan sebahagian dari skuad 1986 dan turut menjaringkan gol pada perlawanan final tersebut,” kata kenyataan rasmi daripada SFC.
Selangor born & bred, Sarkunan rocking the new look.
The hype isn't over yet. 😉#KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy pic.twitter.com/gAxfyasiri
— Selangor FC (@selangorfc) February 4, 2021
SFC juga mengumumkan mereka akan menambah 1,600 helai jersi lagi untuk minggu ini bagi peminat yang tidak sempat mendapatkannya sejak hari pelancaran.
“Bagi menghargai sambutan yang menggalakkan ini, Selangor FC akan menambah lagi 1,600 helai stok baharu minggu ini selewat-lewatnya esok di kedai atas talian Selangorfc.com untuk mereka yang tidak berkesempatan membelinya sebelum ini, manakala edisi penyokong pula akan mula dijual selepas sambutan Tahun Baharu Cina, Februari ini,” tambahnya.
Jersi home 2021 SFC ini dijual dengan harga RM109 untuk versi edisi pemain dan tambahan RM45 dikenakan untuk tambahan “customized nameset” di belakang jersi, manakala pemegang Red Giants Team Card 2021 pula bakal menikmati 10% diskaun untuk harga jersi ini.
Pihak kelab SFC telah memutuskan untuk membuat kelainan pada tahun ini dengan memilih warna kuning sebagai warna utama jersi Home setelah sekian lama ia tidak digunakan sebagai warna utama jersi Home pasukan Selangor.
Baca artikel lain mengenai perincian jersi Home 2021 Selangor FC dan juga perkembangan pasukan itu melalui pautan dibawah.
RASMI: Selangor FC Lancar Jersi Home 2021 Diinspirasikan Daripada Rekaan Tahun 1986
Oliver Buff Sah Bergelar Pemain Import Selangor Hadapi Musim 2021
Kehadiran Dua Pemain Muda Ghana Dalam Selangor FC II Bakal Buka Peluang Perniagaan Bola Sepak