Sejak beberapa hari lalu, banyak tersebar di media sosial berkenaan kuota tiket perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Indonesia bertemu Malaysia telah habis dijual.
Maklumat tersebut sebenarnya tidak benar sama sekali kerana kuota 3,000 tiket bagi penyokong Malaysia yang akan bertandang ke Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) itu dijangka akan mula dijual hari ini atau pun esok.
Melalui sumber sahih yang kami perolehi, para penyokong Malaysia yang mahu berada di SUGBK tidak perlu risau kerana tiket masih lagi tidak dijual dan akan mula dibuka selepas semua proses oleh ejen yang dilantik selesai.
Harga tiket bagi penyokong pasukan pelawat pula dijangka sedikit mahal sekitar 350,000 Rupiah atau RM105. Tidak dapat dipastikan setakat jika ada caj tambahan yang dikenakan keatas setiap tiket yang dijual atau tidak.
Ketika ini, PSSI sudah pun menjual tiket perlawanan melalui laman web rasmi mereka. Harga tiket bermula pada Rp123,000 (RM35) hingga Rp750,000 (RM220) untuk tempat duduk VIP. Ratu Tisha turut menjelaskan PSSI juga sudah menyiapkan keperluan logistik dan persiapan untuk menyambut kedatangan VIP dari Malaysia.
PSSI Sediakan 3000 Tiket Untuk Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno
Penyokong Indonesia ‘Mengamuk’ Harga Tiket Perlawanan Indonesia-Malaysia Melambung Tinggi