Baru-baru ini, pengendali dari Chile, Simon Elissetche bertindak untuk mengheret Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur United (KLUFC) ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran pengguguran beliau daripada pasukan.
Simon menuntut KLUFC untuk membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan di media tentang beliau memiliki lesen kejurulatihan yang tidak sah.
Peguam kepada Simon, Zhafri Aminurashid menegaskan lesen yang dimiliki oleh jurulatih itu sememangnya sah dan diiktiraf oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Namun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC, Stanley Bernard menjelaskan terdapat salah faham mengenai isu tersebut dan beliau nafi telah mengeluarkan kenyataan mengenai status lesen kejurulatihan Simon yang dikatakan tidak sah.
“Bernama telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya (untuk cerita yang salah disebutkan) dan saya tidak mengatakan bahawa dia (Elissetche) tidak disahkan oleh AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).
“Kami menyerahkan RECC , berusaha membantunya juga (untuk dokumen yang diperlukan).
“Saya mempunyai gambar yang menunjukkan bahawa kami cuba membantunya kerana dia mendakwa kelab tidak pernah membantunya,” kata Stanley dipetik dalam New Straits Times.
Hari ini di dalam berita. pic.twitter.com/eGX63DkVux
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 28, 2021
Bernama turut menarik balik laporan artikel berkenaan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang mereka, sebelum ini.
Laporan tersebut yang merujuk lesen kejurulatihan Simon tidak diiktiraf oleh AFC dan FAM telah dirumuskan sendiri oleh wartawan media berkenaan tanpa merujuk kepada Stanley.
Stanley turut menjelaskan tawaran kontrak sebagai jurulatih itu sebenarnya ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan bukannya KL United sekali gus menyaksikan Simon perlu berurusan dengan KLFA.
“Saya bertanya kepadanya (Elissetche) kerana kepala surat itu mengatakan” FA “, jadi mengapa anda datang kepada KLUFC?.
“Dia hanya tiba (di Kuala Lumpur) pada 22 Disember (seperti yang dinyatakan oleh FA) tetapi kontraknya bertarikh 1 Disember sebegai ketua jurulatih FA yang tidak ada kena-mengena dengan FC.
“Ahli lembaga KLUFC hanya bersidang selepas 1 Januari 2021 dan tidak beroperasi sebelum itu. Jadi, perjanjian ini dibuat sebelum penubuhan FC,” jelasnya.
Sementara itu, setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata pihaknya sedia menawarkan jawatan lain kepada Simon sebagai pengarah teknikal atau jurulatih skuad belia.
“Kita tidak pernah cakap pun yang dia ditolak. Tiada masalah pun kalau kita ambil dia sebagai pengarah teknikal ataupun jurulatih skuad muda.
“Dulu kita tawarkan jadi jurulatih tetapi sekarang KL United sudah diswastakan. KLFA jadi persatuan negeri (FA), jadi tiada tempat untuk dia tetapi kita boleh cari tempat lain. Mungkin jurulatih bawah 21 tahun (B-21), B-22 atau pengarah teknikal, tengoklah pada keadaan,” katanya dalam Berita Harian.
Teruskan membaca artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak