Pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga M3 musim 2020, Kuala Lumpur Rovers berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain import Melaka United, Sergio Fabian Ezequiel Aguero bagi memperkuatkan jentera serangan.
Perkara ini diumumkan oleh KL Rovers sendiri menerusi laman media sosial rasmi pasukan dan Aguero berkemungkinan besar akan membuat aksi kompetitif pertama bersama kelab baru beliau pada perlawanan kelayakan Piala FA Malaysia 2020 menentang Klasiko FC yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.
AGUEROOOOOOOOOOO!
Kuala Lumpur Rovers sah mendapatkan penyerang dari Argentina, Sergio Fabian Ezequiel Aguero untuk memantapkan pasukan musim ini. Adakah dia akan mula bermain pada hari Ahad ini? 👀#PlayForTheCity pic.twitter.com/AzaAYJmx6I
— Kuala Lumpur Rovers (@KLRovers) February 12, 2020
Selain pernah menyarung jersi Melaka United, Sergio Aguero musim lalu turut beraksi bersama dua pasukan dimana beliau beraksi bersama Selangor United sebelum berhijrah dengan menyertai Pulau Pinang pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim lalu.
Selain berjaya mendapatkan khidmat Aguero, Kuala Lumpur Rovers turut menandatangani seorang lagi bekas pemain import Melaka iaitu Davy Claude Angan dan kedua-dua pemain ini akan menjadi nadi utama di bahagian serangan.
Musim ini, KL Rovers turut dibarisi oleh pemain tempatan berpengalaman seperti beberapa pemain yang pernah beraksi di Liga Super dan Premier seperti Hafiz Kamal, Naim Nazmi, Azman Chuchu dan Afiq Ahmad Razali.
Baca artikel lain mengenai Kuala Lumpur Rovers di sini:
Nama Kelab M3 Dan M4 Mirip Pasukan Liga Super, Pengerusi AFL Ingatkan Peminat Jangan Mudah Keliru