Toni Kroos percaya bahawa Karim Benzema telah berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo dengan sempurna sekali.
Benzema menikmati musim 2021/22 dengan cemerlang dan kini merupakan calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or.
Menjelang aksi final UCL pada Sabtu, Benzema sudah menjaringkan 44 gol daripada 45 perlawan dalam semua pertandingan. 12 gol lebih banyak daripada musim lepas yang dianggap musim terbaiknya sebelum ini.
Statistik menyatakan bahawa rekod nisbah gol Benzema adalah 0.98 gol per perlawanan, yang terbaik dalam sejarah kariernya.
Sebagai tambahan dia melakukan 15 assist musim ini. Menjadikan keterlibatannya dalam gol adalah 59 G/A. Hanya Kylian Mbappe yang lebih baik dengan G/A sebanyak 60 (39 gol, 21 assist).
Daripada kesemua gol beliaum musim ini, ada beberapa gol yang sangat penting. Termasuk gol kemenangan ke atas Manchester City. Dia juga melakukan hatrik berturut turut ketika menentang Chelsea dan PSG.
Benzema sebelum ini bukanlah pemain yang menjadi pusat serangan utama Real Madrid, ketika era Cristiano Ronaldo.
Sebagai perbandingan, Benzema cuma menjaringkan 5 gol dalam liga pada musim 2017/18, dan ketika itu ada peminat Real Madrid meminta dia dijual.
Namun selepas pemergian Ronaldo, Benzema telah bangkit dan menjadi penggempur utama pasukannya. Dia mulai menjadi pemain penting pasukan.
Kroos menganggap Benzema sudah melakukan perkara yang paling sukar, dengan sebaiknya iaitu menggantikan peranan Ronaldo.
“Tak mudah untuk mengisi kekosongan Ronaldo, ataupun cuba menjadi pemain lebih baik.”
“Saya sudah kenal dia selama 8 musim dan dia bermain banyak peranan berbeza. Bukan bermain di posisi yang berbeza, maksud saya, tugasan dia dalam pasukan di atas padang.”
“Ada satu ketika dia mengorbankan potensi dia menjaringkan gol dengan bermain lebih ke kanan atau ke kiri.”
“Cristiano menjaringkan 50 gol semusim untuk kami dan Gareth [Bale] ada di sebelah kiri ketika musim terbaiknya. Dua tonggak ini yang kami kehilangan.”
“Kemudian muncul bakat baru seperti Vinicius [Junior] atau Rodrygo, yang membangun dengan sangat baik. Namun kami masih gagal untuk menggantikan keupayaan menjaringkan 50 gol yang ditinggalkan Ronaldo dengan mana nama pemain, sehinggalah Karim bangkit dan mengambil alih peranan itu dengan sempurna.”
Aksi pada Sabtu adalah aksi final eropah ketiga melibatkan Real Madrid dan Liverpool.
Walaupun Liverpool gagal menjuarai Liga Perdana Inggeris berbanding Real Madrid yang berjaya memenangi liga di Sepanyol, namun Kroos menganggap Liverpool adalah pasukan pilihan pada kali ini.
Kroos menambah: “Jujurnya, saya berpendapat Liverpool yang ada pada hari ini lebih baik daripada mereka pada 2018.”
“Mereka berjaya mengekalkan pemain terbaik mereka dan mendapatkan beberapa lagi pemain berkualiti. Thiago [Alcantara] meletakkan penanda aras di tengah. Mereka sangat kuat di bertahan. Dari segi rekod, mereka adalah pasukan terbaik di Eropah musim ini.”
Thiago and Toni Kroos embrace before tomorrow's Champions League Final. pic.twitter.com/nFtWm0po98
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) May 27, 2022
“Namun ini tetap pertarungan satu perlawanan sahaja. Kamu harus mengambil kira bahawa kami menyingkirkan mereka di suku akhir pada musim lalu. Jadi ianya 50-50.”
“Kamu akan memberikan segalanya dalam final UCL, terutama sekali selepas kami memberikan segalanya lebih daripada mana mana pasukan lain untuk sampai ke final.”
“Sekarang, kami berada di final dan mahu memenanginya. Semua orang tahu betapa hebatnya lawan yang akan kami tentang pada final ini.”