Satu kejadian ngeri berlaku di Uganda apabila seorang penyokong Arsenal dilaporkan maut ditikam oleh seorang penyokong Manchester United.

Kejadian itu berlaku pada hari perlawanan melibatkan Arsenal dan Man United pada hujung minggu lalu.

Penyokong fanatik Manchester United itu tidak dapat menerima kekalahan 3-1 pasukannya dan bertindak ganas menikam penyokong Arsenal yang malang itu sehingga maut.

Kejadian itu berlaku di bandar bandar Sheema, Uganda. Laporan oleh portal Nation melaporkan saksi kejadian menyatakan berlaku perbalahan pendapat antara kedua dua suspek dan mangsa.

Kemudian berlaku ejek mengejek di antara kedua dua penyokong yang membuatkan suspek gagal mengawal emosi dan menikam mangsanya sehingga mati.

Polis memburu suspek yang berusia 22 tahun itu yang menyembunyikan diri pada masa ini. Mangsa baru berusia 22 tahun bernama Jackson Aineruhanga.

Laporan yang sama menyebut, perbalahan tercetus berikutan keputusan VAR yang membatalkan gol Alejandro Garnacho yang awalnya meletakkan Man United 2-1 di hadapan pada minit ke-88.

Malangnya penyokong United hampa apabila VAR membatalkan gol itu dan penyokong Arsenal pula berosrak gembira sambil mengejek mereka.

Penyokong yang lain di situ melihat kedua duanya semakin agresif dan meleraikan mereka. Suspek kemudian meluru ke arah mangsa dan menikamnya dengan objek tajam di dadanya.

Pembunuh melarikan diri. Dan mangsa dikejarkan ke hospital dan maut ketika menerima rawatan kerana kehilangan terlalu banyak darah.