Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan pasukan Korea Utara telah menarik diri daripada menyertai saingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) Zon Timur yang akan bermula pada bulan Oktober nanti.

Menurut kenyataan rasmi, AFC akan melakukan undian semula pada 11 Ogos depan untuk seimbangkan bilangan pasukan dalam setiap kumpulan. Malaysia berada dalam kumpulan J.

Bagi memastikan bilangan pasukan seimbang, AFC akan buat undian dengan memindahkan satu pasukan daripada kumpulan G hingga J menggantikan tempat Korea Utara dalam kumpulan K bersama Jepun dan Kemboja.

210800431_1460947964260911_8248710917169445104_n
Keputusan undian rasmi yang dilakukan pada 9 Julai 2021.

Undian ini akan melibatkan semua pasukan dari kumpulan G hingga J kecuali pasukan tuan rumah dan pilihan utama supaya tidak menjejaskan keseimbangan kumpulan seperti yang ditetapkan dalam undian rasmi pada 9 Julai lepas.

Selain Malaysia, 8 pasukan yang akan terlibat dalam undian ini ialah China dan Brunei (Kumpulan G), Timor Leste dan Filipina (Kumpulan H), Myanmar dan Hong Kong (Kumpulan I) serta Laos (Kumpulan J).

Pasukan pertama yang diundi akan dimasukkan dalam kumpulan K bagi menggantikan tempat Korea Utara. Hasilnya kumpulan K akan mempunyai 3 pasukan manakala salah satu kumpulan G hingga J akan dikurangkan kepada 4 atau 3 pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Format Baharu Akan Digunakan Dalam Saingan Piala Suzuki AFF 2020

Liga Vietnam Mungkin Ditangguhkan Hingga Tahun 2022, 14 Kelab Berdepan Risiko Bankrap

Qatar Layak Ke Peringkat Suku Akhir CONCACAF Gold Cup 2021

Bologna Tidak Terburu-Buru Untuk Menjual Takehiro Tomiyasu