Kelab Serie A, Bologna menegaskan mereka tidak terburu-buru untuk menjual pemain pertahanan, Takehiro Tomiyasu pada jendela perpindahan musim panas kali ini.
Pengarah sukan kelab, Riccardo Bigon menegaskan beberapa pasukan antaranya Tottenham Hotspur berminat untuk menandatangani pemain Jepun itu, namun tiada bidaan rasmi yang dihantar setakat ini.
“Kami tidak terburu-buru untuk menjual beliau. Sekarang ini dia akan beraksi di Sukan Olimpik. Jadi dia tidak berasa tertekan dengan perkara ini.
“Sudah pasti sukar untuk kami mengekalkan pemain yang mendapat minat dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL). Tetapi kami menunggu untuk situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak.
“Sekurang-kurangnya ada tiga pasukan yang menunjukkan minat. Saya mahu melihat apa yang berlaku pada kemudian hari,” kata Bigon.
Selain Tottenham, Atalanta dikhabarkan turut berminat untuk menandatangani Takehiro Tomiyasu selepas pemain itu menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Serie A musim lalu.
Tomiyasu merupakan sebahagian daripada skuad Olimpik Jepun yang akan membuka tirai acara bola sepak dengan menentang Afrika Selatan pada Khamis.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Senarai Pemain Lebih Umur Acara Bola Sepak Sukan Olimpik 2020