Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan keresahannya memikirkan taktik untuk mengekang basrisan serangan Manchester United.
Klopp menyatakan perkara itu secara terbuka dalam sidang media beliau.
Klopp berkata, Manchester United sarat dengan penyerang yang berbakat ditambah pula dengan Cristiano Ronaldo yang baru sahaja mencetak hatrik kariernya yang ke-60 minggu lalu.
“Di barisan ahadapan, kamu boleh pilih Sancho, Bruno Fernandes, Anthony Elanga atau Marcus Rashford … dan pemain yang menjarikan hatrik kariernya yang ke-60.”
“Saya tak pasti kalau Cavani boleh beraksi namun itulah pasukan yang akan kami tentang.”
“Itulah pasukan yang kami persiapkan diri untuk tentang, ianya tidak ada kaitan dengan apa yang telah berlaku minggu lalu atau apa sahaja seperti itu.”
Klopp: “Up front you can choose from Sancho, Fernandes, Elanga or Rashford.. and a guy who scored his 60th hat-trick. I'm not sure if Cavani will be ready but that is the team we face. That's what we have to prepare for; not what happened last week or something like that.” #MUFC
— United Zone (@ManUnitedZone_) April 18, 2022
Liverpool masih berusaha untuk mengejar Manchester City dalam perebutan Liga Perdana Inggeris. Mereka masih berada dalam 3 lagi pertandingan selepas menjuarai 1 piala liga musim ini.
Manchester United yang menamatkan musim ini tanpa piala, tidak mahu terlepas ke UCL musim hadapan.
Jadi, perlawanan pada hari ini adalah perlawanan wajib menang buat kedua dua pasukan di dalam misi mereka.
Ralf Rangnick juga mengesahkan duo tengah McFred (McTominay dan Fred) tidak akan dapat diturunkan kerana masih cedera.
Ini bermakna, Paul Pogba dan Nemanja Matic dijangka akan beraksi di tengah pada hari ini.
Bruno Fernandes disahkan cergas untuk beraksi selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya yang tidak serius.
Pertarungan yang digelar Derbi Barat Laut Inggeris ini akan menjadi tumpuan dunia. Ianya masih lagi perlawanan terbesar dalam kalendar bola sepak Inggeris.