Jurgen Klopp menyatakan dia tak pernah merasa lebih bangga daripada semalam melihat para pemainnya berjuang menentang Spurs dalam perlawanan yang menurutnya berat sebelah dari segi pengadilan.

Baca Juga:

Liverpool kalah 2-1 dalam aksi menentang Spurs dengan beberapa keputusan pengadil dipertikaikan.

Pertamanya, kad merah Curtis Jones dianggap tidak patut diberikan. Kerana pemain itu bukan menapak lawannya secara terus sebaliknya tergelincir daripada bola.

Gary Neville turut mengecam pengadil yang memberikan kad merah kepada insiden itu.

Kemudian, gol Luis Diaz dibatalkan kerana ofsaid. Dengan PGMOL sendiri mengakui berlaku kesilapan manusia dalam pengadilan. Dan juga VAR gagal campur tangan dengan sebaiknya dalam memperbetulkan kesilapan itu.

PGMOL Minta Maaf Pada Liverpool, Kesilapan Manusia Punca Gol Luis Diaz Dibatalkan

Seterusnya, Diogo Jota dibuang padang selepas menerima 2 kad kuning. Namun kad kuning pertama menjadi perdebatan, kerana Udogie terpijak kaki sendiri dan terjatuh.

https://twitter.com/i/status/1708181242036776979

Selepas tamat perlawanan Jurgen Klopp memuji semangat juang anak buahnya yang beraksi di bawah tekanan sangat tinggi dalam perlawanan di mana pengadil berat sebelah.

“Saya tak pernah rasa sebangga ini kepada pasukan saya. Saya tak pernah lagi melihat perlawanan seperti ini, dengan keputusan yang sangat tidak adil [daripada pengadil].”

Liverpool gagal meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam EPL sejak April 2023. Di mana rekod 19 perlawanan tanpa kalah mereka berakhir di tangan Spurs.

Skuad bimbingan Ange Postecoglou teruskan rentak cemerlang awal musim ini dengan rekod tanpa kalah setakat ini. Memberikan isyarat bahawa Spurs benar benar serius mahu mencabar kejuaraan musim ini.