‘Sporting Director’ kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perpindahan masuk prospek muda negara, Akhyar Rashid ke skuad Harimau Selatan itu.
Menurut beliau, Akhyar Rashid yang berusia 19 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama JDT selama 4 tahun dan JDT telah memasukkan klausa pelepasan perpindahan untuk pemain itu bernilai RM12,000,000.
Selain itu juga, pihak JDT juga memberitahu bahawa pampasan pembangunan pemain yang perlu dibayar kepada pasukan Kedah juga ditambah dari RM75,000 kepada RM100,000 atas dasar hormat kepada pasukan asal Akhyar Rashid.
Johor Darul Ta'zim FC are delighted to have signed 19-year-old Akhyar Rashid on a four-year contract. JDT have also added a RM12,000,000 transfer release clause on Akhyar's contract.
[1/2] pic.twitter.com/2kudawDLr2
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 29, 2018
Akhyar Rashid Perlu Lapor Diri Dalam Latihan Kedah Pada 2 Januari 2019
Dalam pada itu, Kedah FA melalui satu kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa Akhyar Rashid masih lagi pemain mereka dan pemain itu melaporkan diri dalam sesi latihan pada 2 Januari 2019 nanti.