Juara bertahan, KL City memastikan mereka terus mara ke suku akhir dengan selesa. KL City meneruskan lagi misi mempertahankan kejuaraan dengan mengenepikan cabaran daripada PDRM FC.
KL City melayan kunjungan PDRM FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dalam aksi pusingan kedua bagi peringkat 16 akhir Piala Malaysia 2022.
KL City turun dengan bekalan selesa. Di mana mereka membawa kelebihan agregat 3 gol tanpa balas daripada perlawanan pertama.
PDRM kali ini tampil dengan lebih baik daripada aksi mereka sebelum ini. Berjaya memberikan beberapa ancaman ke atas juara bertahan.
Namun begitu tidak begitu banyak ciptaan peluang daripada kedua dua pasukan pada awal separuh masa.
Pada minit ke-27, perlawanan dihentikan seketika kerana ada kerosakan pada lampu limpah di dalam stadium.
Selepas aksi disambung kembali, Kenny Palraj dilayangkan kad kuning kerana kekasaran ke atas Alex Amposah. Bermakna dia akan terlepas aksi pertama suku akhir Piala Malaysia 2022.
Pada minit ke-45, Akram Mahinan melakukan sepakan dari luar kotak penalti. Sebelum pengadil memberikan 9 minit masa tambahan.
Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan bermakna, juara bertahan KL City masih di hadapan dengan 3-0 secara agregat.
Pada separuh masa kedua, KL City dan PDRM terus bergelut mencipta jaringan. Pada minit ke-56, Romel Morales mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalti. Namun percubaannya tersasar.
Selepas berhempas pulas dalam usaha mencari gol akhirnya KL City di hadapan menerusi gol tunggal Zhafri Yahya pada minit ke-89.
Sekaligus menjadikan agregat adalah 4-0.
📹 HIGHLIGHTS: @KLCityFootball 1-0 @officialPDRMFC
Zhafri Yahya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-89 untuk memastikan kelayakan juara bertahan ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia.#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/LDvsxdwPFv
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
KL City selaku juara bertahan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022. Satu lagi pencapaian yang baik untuk skuad warga kota itu.