Kuala Lumpur City (KL City FC) mengumumkan jalinan kerjasama strategik bersama kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta dari segi pembangunan bola sepak dan hubungan antarabangsa.
Baca Juga:
- Bojan Hodak Letak Jawatan Sebagai Jurulatih KL City
- KL City Berpeluang Jalani Latihan Pra Musim Di Sepanyol
- RASMI: Rinani Sah Pemilik Saham Majoriti KL City
Kerjasama ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara bandaraya Kuala Lumpur dan Jakarta sambil berkongsi pengetahuan dalam sukan bola sepak.
Pemilik KL City, Azri Azerai menegaskan jalinan kerjasama ini memberi peluang kepada kedua-dua pasukan untuk membangunkan bakat muda dan berkongsi kepakaran masing-masing.
“Sebagai sebahagian daripada keluarga Rinani, KLCFC terus menjadi pelopor dalam arena sukan. Perkongsian ini menandakan komitmen kami untuk memupuk pembangunan bola sepak dan kerjasama antarabangsa.
“Melalui kerjasama ini, kami teruja untuk memupuk dan mempamerkan bakat baharu yang muncul daripada kedua-dua pihak. Kami percaya bahawa sukan adalah bahasa universal, dan cara yang lebih baik untuk menghubungkan komuniti kami melalui semangat bersama untuk bola sepak,” katanya.
Menerusi kerjasama ini, KL City berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan menentang Persija Jakarta di Indonesia serta mengunakan fasiliti kelab tersebut untuk tujuan persiapan pra musim.
Bagi memastikan kelestarian dalam perhubungan ini, Azri mengesahkan bahawa wakil dari KLCFC dan Persija akan bertemu sekurang-kurangnya sekali setahun untuk menilai kemajuan kerjasama mereka dan menerokai peluang-peluang yang ada untuk terus berkembang.
Sebelum ini, KL City mengumumkan jalinan kerjasama dengan kelab La Liga, Cadiz Club de FĂștbol (Cadiz C.F.) dari segi profesionalisme dan pengurusan sukan.
Dengan perjanjian yang dimenterai antara kedua-dua kelab ini, skuad warga kota juga berpeluang ke Sepanyol menjalani latihan pra musim dan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad utama Cadiz C.F.