Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur (KL City) semalam telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan kelab La Liga, Cadiz Club de Fútbol (Cadiz C.F.) dari segi profesionalisme dan pengurusan sukan.
Baca Juga:
- Fahmi Fadzil Dilantik Sebagai Penaung KL City
- Dikecewakan KL City, Nafuzi Akui Usaha Pemain Kedah Tak Mencukupi
- RASMI: Rinani Sah Pemilik Saham Majoriti KL City
Dengan perjanjian yang dimenterai antara kedua-dua kelab ini, skuad warga kota berpeluang ke Sepanyol menjalani latihan pra musim dan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad utama Cadiz C.F.
Kuala Lumpur City FC have today signed a collaboration agreement with LaLiga side, Cádiz C.F., which will see the two clubs collaborate on several fronts for mutual benefit.
🔴⚪️🔴⚪️🔴⚪️#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/cEiWGrbvaY
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 17, 2023
Pemilik bersama Cádiz, Ben Harburg dalam satu kenyataan rasmi menyambut baik hubungan kerjasama ini dan ia memberi peluang kepada mereka untuk menerokai pasaran bola sepak Asia.
“Cádiz mempunyai tumpuan strategik di Asia Tenggara dan kami percaya perkongsian dengan KL City FC adalah langkah pertama untuk ke pasaran Malaysia.
“Kami tidak sabar untuk melihat pemain mereka bersama kami di Sepanyol dan bawa pasukan kami ke rantau ini tidak lama lagi,” katanya.
⚽️ El equipo inició una nueva semana de trabajo
📺 Vídeo completo en https://t.co/R4d2UTlUUq
— Cádiz Club de Fútbol (@Cadiz_CF) July 17, 2023
Kedua-dua kelab juga akan berusaha untuk saling mempromosikan jenama dan imej mereka di Sepanyol dan Malaysia, serta meneroka pilihan lain yang boleh membawa faedah komersial.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif KL City (CEO), Stanley Bernard menyatakan bahawa kerjasama ini merupakan peluang terbaik kepada KL City untuk mempelajari sesuatu dengan pasukan yang bersaing dalam salah satu liga terbaik di dunia.
“Di LaLiga, kami suka lebih banyak kelab Sepanyol terlibat dalam kerjsama seperti ini. Dalam kes ini, ia adalah Cádiz CF.
“Mempromosikan bola sepak di seluruh dunia adalah salah satu objektif utama yang telah ditetapkan oleh LaLiga sebagai bahagian penting. Strategi antarabangsa, dan perjanjian kerjasama ini adalah contoh yang baik,” kata Adrián Prol, wakil LaLiga di Malaysia.