Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menegaskan perbandingan antara barisan pemain ketika di bawah bimbingan beliau dan barisan pemain di bawah kendalian Tan Cheng Hoe tidak seharusnya dilakukan.
Dalam satu podcast bersama media Indonesia, #ManToManMarking, ketika ditanya mengenai skuad mana yang lebih baik, Rajagobal menjelaskan barisan pemain ketika era beliau dan Tan Cheng Hoe merupakan barisan yang berbeza dan tidak seharusnya dibandingkan antara satu sama lain.
NEW EPISODE 🔊
– The Meeting with Sir Alex
– On Why He Called Arsene Wenger
– AFF 2010 Historical Campaign 🇲🇾
– Offer from Indonesian ClubOur latest episode with the legendary @RajagobalRg!!
Listen Here:https://t.co/PVU0d1CFDJ pic.twitter.com/2yeRXp5AGT
— #ManToManMarking (@podcastM2K) August 16, 2020
“Kita perlu memahami perkara ini. Ketika di bawah kendalian saya, barisan pemain ialah berbeza. Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ketika juga mempunyai barisan pemain yang berbeza.
“Secara jujurnya, pada pendapat saya, kita tidak boleh membuat perbandingan mengenai perkara tersebut. Sekarang corak permainan Malaysia berbeza dengan apa yang saya terapkan dahulu,” kata Rajagobal.
Datuk K.Rajagobal dan Tan Cheng Hoe seringkali dibandingkan kerana kedua-duanya pernah bekerjasama ketika Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki pada 2010. Seterusnya, Cheng Hoe juga berjaya membimbing Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF pada edisi 2018 lalu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaaan di sini:
Tan Cheng Hoe Kekal Dengan Perancangan, Mahu Panggil Pemain Pada November
Gol Indra Putra Ke Gawang China Tersenarai Dalam “AFC Cup Greatest Goal”