Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini telah menyenaraikan beberapa gol terbaik yang pernah dijaringkan dalam temasya Piala Asia untuk diangkat sebagai jaringan terbaik dalam saingan tersebut.

Sebanyak 32 jaringan dari 32 pemain berbeza dipilih dan salah satu daripada jaringan yang dipilih ialah gol bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin ke gawang China ketika temasya Piala Asia 2007 lalu yang berlangsung di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

AFC menggunakan konsep undian secara knock out dimana Indra Putra berhadapan dengan pemain dari Kuwait iaitu Hussain Fadhel. Fadhel menjaringkan gol ketika Kuwait berdepan Australia pada temasya edisi 2015 lalu.

Anda boleh mengundi jaringan Indra di sini sekaligus membantu jaringan pemain Kuala Lumpur itu untuk mara ke peringkat seterusnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Brad Maloney Fokus Persiapkan Skuad B-19 Tahun Negara, Enggan Layan Khabar Angin

Brad Maloney Tertarik Dengan Aksi Zachry Raiff Dalam Sesi Latihan

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos