Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi cipta sejarah apabila disenaraikan dalam 60 calon ‘Golden Boy 2020’ oleh sebuah media terkenal Itali, Tutto Sport.
Ia dipilih berdasarkan undian terbanyak daripada senarai 80 calon awal ketika diumumkan pada bulan lalu.
Pemain KV Kortrijk itu dicalonkan untuk anugerah tersebut berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam saingan AFC B-16 2018 ketika muncul sebagai penjaring terbanyak dan juga kejohanan AFF B-19 serta kelayakan AFC B-19 sehingga menarik perhatian media antarabangsa.
Turut berada dalam senarai itu ialah bintang muda terkemuka dunia seperti Erling Haaland (Borussia Dortmund), Mason Greenwood (Manchester United), Takefusa Kubo (RCD Mallorca) hingga Callum Hudson Odoi (Chelsea).
Berdasarkan kedudukan semasa undian tersebut, Luqman setakat ini raih undian sebanyak 10% mengatasi pencabar terdekat iaitu Eduardo Filipe dari kelab Sporting Lisbon (9%), Dejan Kulusevski dari Juventus (8%) dan Takefusa Kubo dari Villareal (6%).
Manakala pemain tengah Dynamo Kyiv, Heorhiy Tsitaishvili raih undian tertinggi sebanyak 15% mengatasi semua calon lain.
Mereka semua berpeluang untuk berada dalam senarai 20 calon akhir dimana stesen TV ternama dari seluruh Eropah akan mengundi pada bulan Oktober ini
Para peminat bola sepak tempatan masih boleh mengundi sekarang sebagai rujukan panelist untuk menilai pemain dengan undian tertinggi. Pemain dengan undian tertinggi juga akan hadir di majlis anugerah itu nanti untuk menerima title ‘Web Golden Boy’.
Jadi ayuhlah kita!
Undi Luqman sekarang di sini 👉🏻 Tuttosport
Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan
“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim
Video Pengenalan Luqman Oleh KV Kortrijk Cetus Rasa Bangga Peminat Tempatan