Kit jersi ketiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea diundi sebagai jersi terburuk dunia menurut laman web bola sepak popular eropah, Footy Headlines. Jersi ketiga tersebut mengenakan gaya yang lebih ringkas berwarna merah jambu dan berbelang biru.
Lebih 2000 peminat bola sepak telah menyertai undian tersebut, dan Chelsea dipilih sebagai pemenang jersi terburuk manakala tempat kedua diraih oleh Wolves. Satu lagi kelab EPL iaitu West Brom memperolehi tempat ketiga dengan undian sebanyak 9.9 peratus.
Walaupun dilabel sebagai jersi paling buruk, namun Chelsea tidak pernah kalah dalam mana-mana perlawanan jika memakai jersi tersebut.
Skuad The Blues telah memakai jersi ketiga itu sebanyak 4 kali pada musim ini, mereka berjaya mencatat 3 kemenangan serta satu keputusan seri daripada 4 perlawanan itu.
Ketika jersi tersebut dilancarkan, ia turut mengundang pelbagai kritikan daripada peminat yang menyifatkan ia menyerupai jersi pasukan Crystal Palace.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.
Analisis: Bagaimana Persiapan Dan Perlaksanaan Man United Memusnahkan Leeds United 6-2