Nama FC Imabari mungkin tidak dikenali oleh ramai peminat bola sepak dari Malaysia, tetapi yang dahulunya pernah menjadi ‘feeder club’ kepada sebuah kelab bola sepak profesional dan kini bakal beraksi dalam liga bola sepak profesional Jepun buat pertama kalinya musim 2020 nanti.

FC Imabari berpangkalan di bandar Imabari yang berada dalam prefektur Ehime di pulau Shikoku, selatan Jepun dan asalnya telah ditubuhkan 43 tahun yang lalu pada tahun 1976.

4 Kejuaraan Ketika Menggunakan Nama Onishi SC

Pada ketika itu, kelab ini dikenali sebagai Onishi Soccer Club dan mereka beraksi dalam liga di Ehime yang dikenali sebagai Toyo League. Pasukan ini pernah muncul juara 3 kali pada tahun 1979, 1980 dan 1981 – 2 edisi terakhir dalam liga divisyen 1 Toyo League.

Prestasi yang baik Onishi SC pada musim 1981 membolehkan mereka layak bermain dalam liga divisyen 2 prefektur Ehime pada 1982 dan terus muncul juara seterusnya layak ke divisyen 1 pada 1983.

Selepas 8 tahun beraksi dalam divisyen 1, Onishi SC akhirnya naik ke liga yang lebih besar iaitu Liga Shikoku pada tahun 1991.

Nama Imao SC Digunakan Selaras Dengan Pertambahan ‘Hometown’

Dengan perkembangan penyokong yang semakin besar, pihak pengurusan kelab telah bersetuju untuk menambah ‘hometown’ kelab mereka.

Kelab yang asalnya hanya memiliki bandar Imabari sebagai hometown mereka, pada ketika itu menambah daerah Ochi dalam hometown baru mereka. Dengan pertambahan ini juga membolehkan aksi mereka dalam Liga Shikoku pada musim 1991 mempunyai sokongan yang lebih ramai berbanding sebelumnya.

Imao FC tidak bernasib baik kerana hanya mampu bertahan dalam Liga Shikoku selama 1 musim sebelum kembali turun ke Liga Divisyen 1 Ehime pada musim berikutnya dan kekal disitu untuk 9 musim sehingga tahun 2000.

Musim 2001 Imao FC kembali ke Liga Shikoku sehingga 2003, mencatatkan keputusan naib juara liga 2 kali dan sekali sebagai pasukan di tempat ke-3.

Bermula musim 2004 sehingga 2014, kelab ini menggunakan nama baru yang dikenali sebagai Ehime Shimanami FC selama 5 musim berikutnya.

‘Feeder Club’ Untuk Ehime FC Selama 3 Musim

Bermula pada musim 2009, Ehime Shimanami FC telah dijadikan sebagai pasukan ‘feeder club’ kepada sebuah lagi pasukan dari pulau Shikoku iaitu Ehime FC yang sedang beraksi dalam saingan J2 League.

stadium01
Arigatou Service, Yume Stadium adalah home kepada pasukan FC Imabari yang berkapasiti 5,000 tempat duduk.

Kerjasama kedua-dua buah kelab (Ehime FC dan Ehime Shimanami FC) itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pengurusan selama 3 tahun dan Ehime Shamanami FC akan menukar nama kepada Ehime FC Shimanami dalam tempoh tersebut dalam saingan Liga Shikoku (liga divisyen 5).

Sepanjang memegang status feeder club dalam tempoh 3 tahun tersebut, mereka telah berjaya menamatkan liga di tempat ke 3 sebanyak 2 musim dan juara liga pada musim terakhir sebagai feeder club.

‘Cabut’ Dari Ehime FC Dan Mula Berdikari Sebagai Sebuah Kelab, Juara Liga Shikoku 4 Kali Dalam 5 Musim, Takeshi Okada Beli Kelab.

Selepas tamat perjanjian, pihak Ehime FC Shimanami tidak berminat untuk melanjutkan lagi tempoh sebagai feeder club kerana melihat potensi besar untuk mereka berjalan sendiri.

Dari situ, Ehime FC Shimanami telah bergerak sendiri dan mula menggunakan nama FC Imabari pada tahun 2012. Pasukan ini muncul juara Liga Shikoku sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 tahun selepas menamatkan perjanjian feeder club.

pict_method01

Apa yang lebih menarik adalah pada tahun 2014, bekas ketua jurulatih Jepun iaitu Takeshi Okada telah membeli majoriti pegangan FC Imabari sebanyak 51% untuk memacu kelab itu dengan lebih jauh selepas memberitahu bahawa FC Imabari ada potensi yang cukup besar untuk muncul sebagai kelab hebat.

Menurut laporan Sponichi, Takeshi Okada telah membayar sekitar RM384,000 untuk membeli 51% pegangan kelab ketika itu dan FC Imabari mula mengamalkan ‘Okada Method’ bagi semua peringkat umur untuk menyelaraskan falsafah bola sepak mereka.

3 Tahun Diperlukan Takeshi Okada Untuk Bawa FC Imabari Ke Saingan Japan Football League (JFL)

Selepas 3 musim membeli FC Imabari dan mempraktikkan ‘Okada Method’, pasukan itu ‘terpaksa’ naik ke divisyen lebih tinggi selepas 2 tahun berturut-turut.

Nota: Juara liga regional akan bertanding dalam satu kejohanan ‘championship’ bagi menentukan pasukan yang akan layak ke saingan JFL.

12 pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan dan tempat ke-2 terbaik akan layak ke pusingan akhir.

75610802_1221152374745494_5240653102406696960_o
Bekas pemain kebangsaan Jepun, Yuichi Komano beraksi bersama FC Imabari.

Dalam pusingan akhir, 4 pasukan akan bertanding diantara satu sama lain dan 2 pasukan terbaik akan layak ke saingan JFL.

FC Imari muncul juara championship ini pada musim 2016, dan berjaya menempah tempat dalam saingan Japan Football League (JFL) – liga divisyen 4 Jepun.

3 Tahun Di Liga Semi-PRO, FC Imabari Buat Penampilan Dalam Saingan Liga Profesional – J3 League 2020.

3 musim selepas beraksi dalam saingan semi-pro di JFL, FC Imabari berjaya mempamerkan peningkatan yang cukup memberangsangkan.

2017: Tempat ke-6 JFL
2018: Tempat ke-5 JFL
2019: Tempat ke-3 JFL (kedudukan semasa berbaki 2 perlawanan)

heartwarming_2

Musim ini, walaupun masih belum tamat FC Imabari mengesahkan slot layak ke J3 League apabila muncul sebagai pasukan tunggal dari 4 pasukan teratas JFL 2019 yang memiliki lesen dan keahlian liga bola sepak profesional Jepun atau dikenali sebagai J-League.

6 tahun diambil oleh Takeshi Okada membentuk pasukan FC Imabari berdasarkan kurikulum ‘Okada Method’ sehingga berjaya untuk beraksi dalam saingan profesional musim hadapan.

talent_grow_program

‘Okada Method’ ini menjadi teras kepada program pembangunan FC Imabari yang memiliki pasukan disemua peringkat umur bermula dari U11 sehingga U18 untuk program pembangunan, pasukan wanita serta pasukan senior FC Imabari.

Perhatikan kemajuan kelab ini dalam tempoh 5 tahun lagi kerana berdasarkan perancangan yang ditetapkan oleh Takeshi Okada selaku pemilik kelab, tahun 2025 mereka mahu memberi cabaran dalam saingan J1 League.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Pemasaran Digital J.League Kenal Pasti 6 Jenis Penyokong, Susun Strategi Ampuh Pikat Minat Ke Stadium

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun