Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam telah membuat kejutan apabila mengumumkan Kipre Tchetche sebagai pemain import baharu mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Kipre bukan lah nama asing dalam kalangan penyokong Terengganu kerana beliau pernah beraksi bersama pasukan itu selama 3 tahun sebelum berhijrah ke pasukan Kedah Darul Aman FC pada tahun berikutnya.

Kipre dibawa masuk ke Terengganu pada tahun 2017 ketika dibawah kendalian Irfan Bakti dan merekodkan 29 gol dalam 51 penampilan.

Sekembalinya penyerang dari Ivory Coast itu menyaksikan beliau bakal berganding sekali lagi dengan Kpah Sherman yang turut menjadi rakan sepasukannya ketika beraksi bersama Kedah pada musim 2021.

Menurut kenyataan rasmi, antara sebab Kipre kembali menyertai skuad penyu ialah beliau teruja melihatkan apa yang dilakukan oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain bersama TFC sejak dua musim ini sekaligus menambahkan lagi keinginannya untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan itu.

Malah, beliau juga akan menyarung kembali nombor kebanggaan iaitu nombor 23 sepertimana yang digunakan bersama skuad ini sebelum berhijrah ke Kedah. Bagi Kipre, masih ada tugas bersama pasukan ini yang masih belum selesai dan berharap dapat melakukannya pada musim 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Tempatan melalui pautan dibawah. 

Hafizul Hakim Jaga Gawang Gol Penang Musim Depan

Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta

Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Syazwan Andik Dan Fadhli Shas Sah Sertai Melaka United