Persoalan mengenai destinasi bekas penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim akhirnya terjawab apabila Kelab Bola Sepak Penang (PFC) hari ini mengumumkannya sebagai pemain baharu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Kehadiran Hafizul menamatkan pencarian Penang untuk posisi penjaga gol utama selepas mereka kehilangan khidmat Sam Somerville yang berhijrah ke lembah klang menyertai Selangor.
Penjaga gol yang berusia 28 tahun ini mempunyai rekod 96 penampilan dengan pasukan Perak sejak musim 2016. Antara pencapaian terbaiknya bersama Perak ialah membantu pasukan itu raih gelaran naib juara Liga Super 2018 dan menjuarai Piala Malaysia pada tahun yang sama.
Hafizul pernah menerima panggilan pertamanya untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia pada 6 September 2016 di Stadium Manahan, Solo. Bagaimanapun dia tidak bermain dalam perlawanan itu dan berada di bangku simpanan.
Dia juga terpilih dalam skuad 23 pemain Malaysia untuk Kejohanan Piala AFF 2016. Sebagai penjaga gol pilihan ketiga di belakang Khairul Fahmi dan Khairul Azhan, dia tidak akan beraksi di Kejohanan AFF itu, di mana Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan.
Pada 22 Mac 2017, dia membuat penampilan sulungnya untuk Malaysia sebagai pemain simpanan ketika menentang Filipina dengan keputusan seri 0–0 pada perlawanan persahabatan itu.
Antara aksi terbaiknya ialah berjaya menyelamatkan sepakan penalti saat akhir menentang Hong Kong untuk membantu pasukan kebangsaan memperoleh mata pertama dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 dengan keputusan seri 1–1.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Tempatan melalui pautan dibawah.
Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta
Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan