Bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus menegaskan beliau sedia untuk bermula dari bawah sekaligus mahu menimba ilmu dalam dunia kejurulatihan.

Khalid berkata demikian setelah menafikan dakwaan yang mengatakan beliau hanya memilih untuk menjadi ketua jurulatih.

Menurut Khalid, untuk menjadi jurulatih yang baik, beliau perlu terus belajar dan sedia untuk menerima apa-apa jawatan dalam pasukan.

Jamlus
Sumber Gambar: Astro Awani

“Apabila kita nak belajar, kita kena duduk di dalam (pasukan) sebab kalau duduk di luar, kita tidak tahu apa yang berlaku di dalam. Sebab itulah saya cakap, kalau tiada nombor dua (pembantu jurulatih), ada nombor lapan pun saya sanggup sebab saya nak duduk di dalam dan belajar.

“Itu sebenarnya perancangan saya. Saya bukan kata nak terus jadi ketua jurulatih, itu salah. Kita tengok sekarang pun barisan kejurulatihan boleh sampai lapan ke sembilan orang. Secara jujurnya nombor enam atau tujuh pun boleh dengan syarat saya nak belajar.

Jamlus
Khalid Jamlus

“Kalau nombor lapan pun tetapi saya di dalam, saya boleh belajar dan lihat bagaimana jurulatih uruskan pasukan dan pembantu jurulatih buat kerja. Sebelum ini pengalaman dua tahun bersama PDRM, tidak cukup dan saya kena belajar lagi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada masa yang sama, Khalid Jamlus menegaskan beliau kini fokus untuk mendapatkan lesen kelas A terlebih dahulu sebelum memikirkan hala tuju dalam dunia kejurulatihan.

Baca artikel lain mengenai Khalid Jamlus di sini:

Tawaran Jurulatih AMD Yang Diberikan Kepada Khalid Jamlus Tuai Kritikan

Khalid Jamlus Mohon Maaf Isu Tukang Kebun

Steve Darby: Khalid Jamlus Seorang Yang Jujur, Bekerja Keras Dan Kelakar