Bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus menggesa agar pasukan menyelesaikan tunggakan terlebih dahulu sebelum membuat pemotongan terhadap gaji pemain.
Menurut Khalid, pemotongan gaji adalah satu perkara yang tidak wajar namun keadaan semasa membuatkan semua pihak perlu berkorban dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.
“Saya pernah melalui situasi gaji tertunggak dan waktu itu memang perit serta ketika ini pula ada pemain melalui situasi berkenaan dan pada masa gaji pula mungkin dipotong.
“Jika mahu potong gaji pemain selesaikan dulu tunggakan mereka dan bolehlah berbuat demikian atas persetujuan bersama. Pemain di negara ini tidaklah banyak gaji mereka dan diharap tidak dipotong terlalu tinggi. Cukuplah setakat 25 peratus saja,” katanya menurut laporan Harian Metro.
PENDIRIAN PFAM BERHUBUNG ISU GAJI DAN KONTRAK PEMAIN
Baca di https://t.co/jlzDVdcoI9 pic.twitter.com/Oyit38J8TD
— PFA Malaysia 🇲🇾 (@pfamalaysia) March 27, 2020
Isu pemotongan gaji ini hangat diperkatakan dimana ramai pihak memberi reaksi bercampur-baur mengenai langkah tersebut.
Apa yang pasti, rundingan antara pasukan, pegawai dan pemain perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil bagi memastikan tiada pihak yang rugi dalam perkara ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Khalid Ali: “Saya Lihat Pegawai PFAM Ini Lebih Pandai Daripada Kerajaan Malaysia”
Ini Pendirian PFAM Berhubunga Isu Gaji Dan Kontrak Pemain Liga Malaysia
“Mungkin Mekanisme Terbaik Adalah Bayar Dulu Separuh Gaji Pemain Dalam Detik Sukar Ini.”