Bulan lepas, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Kejohanan AFC bawah 19 tahun (B-19) yang sepatutnya berlangsung di, Tashkent, Uzbekistan pada 14 hingga 31 Oktober ini terpaksa ditunda awal tahun depan.
Keputusan itu terpaksa dibuat setelah meneliti situasi semasa wabak pandemik COVID-19 di negara tuan rumah. Selain itu, sekatan perjalanan masih dikenakan oleh beberapa negara yang terlibat dalam pertandingan itu.
Skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) kendalian Brad Maloney turut menyertai kejohanan tersebut dan mereka sempat mengadakan kem latihan pusat selama 3 minggu dengan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan.
Penangguhan pertandingan itu turut menyaksikan bintang muda, Wan Kuzri Wan Kamal terpaksa pulang ke Amerika Syarikat untuk lapor diri ke kelabnya.
Meskipun belum ada kenyataan rasmi daripada AFC, Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI) iaitu Mochamad Iriawan telah mendedahkan jadual baharu kejohanan AFC B-19.
“Piala Asia B-19 yang sepatutnya pada Oktober 2020, ditunda ke 22 Februari 2021”, katanya seperti dipetik dalam Bolalob.
Sebagai persiapan menghadapi kejohanan AFC B-19 dan Piala Dunia B-20, PSSI telah menghantar skuad Garuda Muda ke Perancis untuk kem latihan pusat bermula pada bulan Disember 2020 hingga Januari 2021.
Selain itu, mereka turut akan menyertai kejohanan Toulon 2020 yang menghimpunkan pasukan terbaik seperti Perancis, England, Jerman, Nigeria, Jepun dan Vietnam.
Kejohanan AFC B-19 menawarkan 4 slot automatik ke Piala Dunia B-20 di Indonesia pada tahun 2021. Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yaman.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perancangan skuad Brad Maloney itu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Selepas Muangthong United dan Bangkok United, Giliran Jurulatih Buriram United Pula Letak Jawatan
Kemasan Dalaman Bas BG Pathum United Ini Mirip Tempat Duduk Penerbangan ‘Business Class’
Pemain Pertahanan Dari Iran Sertai Kelab Bangladesh Dengan Kontrak 1 Tahun