Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan kerjasama antara ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan dan Pengarah Teknikal, Michael Fecteinbeiner berjalan dengan baik.
Menurut Dr Johan, kerjasama sebelum ini ketika mengendalikan MBPJ menjadi salah satu faktor Satia dan Michael mampu untuk menjalankan tugas bersama.
“Kerjasama mereka sangat baik kerana sebelum ini pernah bekerjasama ketika di MBPJ. Michael tahu peranan beliau adalah untuk menyediakan pemain bagi pasukan utama.
“Saya harap Michael dapat membentuk bakat-bakat di Selangor II bagi dijadikan pemain terbaik sekaligus dinaikkan pangkat ke pasukan utama,”katanya.
Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai Pengarah Teknikal sekaligus ketua jurulatih bagi Selangor II yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana.
Selangor II juga bakal diperkuatkan oleh seorang pemain import yang akan mengisi barisan serangan pasukan.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
FAS Utamakan Pemain Selangor II Bagi Gantikan Rufino Segovia Dan Nor Hakim Hassan
Seri Dengan Selangor, Hanoi FC Sudah Sedia Hadapi Asia Challenge Cup 2020