Mohamed Salah tampil memberikan penjelasan tentang komennya yang telah ditafsir media di luar konteks.
Mohamed Salah menjaringkan dua gol dalam aksi Derbi Barat Laut antara Liverpool dan Manchester United di Anfield.
Sementara Sadio Mane dan Luis Diaz menambah 2 lagi gol untuk membolehkan Liverpool menang 4-0 dalam perlawanan menentang musuh tradisi mereka itu.
Kenyataan Mohamed Salah selepas tamat perlawanan membuatkan beberapa pihak tersinggung dan tidak selesa dengannya.
Ini kerana Mo Salah dikatakan telah melabel pemain pemain Manchester United memudahkan penyerang Liverpool untuk menyerang.
Salah menggunakan Twitter miliknya untuk menjelaskan apa yang dia cuba sampaikan. Dia menyatakan bahawa dia tidak pernah memaksudkan pemain Manchester United dalam komen tersebut.
Mohamed Salah malah menegaskan bahawa dia sentiasa menghormati pemain pemain Manchester United.
Dalam kenyataannya kepada wartawan selepas perlawanan, Salah berkata: “Di bahagian tengah, mereka membuatkan kami lebih mudah. Kami berjaya mengekalkan clean sheet di sini dan di sana [Old Trafford]. Kami mendapat gol pertama, kami mahukan gol kedua dan ketiga.”
“Ianya persemabahan yang hebat dan saya berharap kami akan meneruskannya.”
Ramai penyokong Liverpool suka dengan kenyataan Salah yang dikatakan menyindir Manchester United untuk menggambarkan betapa teruknya mereka di bahagian tengah.
Sementara penyokong Manchester United menganggap komen Salah itu agak melampau dan biadap.
Salah mendapat tahu akan kemarahan sesetengah pihak yang menuduhnya kurang profesional kerana memberikan komen tentang pemain pasukan lain.
Salah berakata: “Saya memaksudkan pemain tengah kami, pemain pertahanan kami, mereka yang memudahkan kami.”
I meant our midfield, and our defence, make it easy for us. I was not talking about the Manchester United players whom I respect. https://t.co/WjaQfgZNw6
— Mohamed Salah (@MoSalah) April 20, 2022
“Saya bukan bercakap tentang pemain pemain Manchester United yang saya hormati.”