Penjaga gol S.S Lazio, Ivan Provedel jelas mencuri tumpuan pada aksi sulung kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2023/24 selepas beliau berjaya meletakkan nama selaku penjaring gol.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Berpeluang Bermain Di UCL Sekali Lagi
- Manchester City Lengkapkan Musim Gemilang, Muncul Juara UCL 2022/23
- Mo Salah Sangat Kecewa Liverpool Gagal Layak Ke UCL
Ketika Lazio memerlukan jaringan untuk mengikat Atletico Madrid yang berada dihadapan pada minit ke-29 menerusi Pablo Barrios, Provedel naik ke atas pada masa kecederaan untuk membantu pasukannya.
Usaha tersebut nyata membuahkan hasil selepas penjaga gol kelahiran Itali itu berada di kedudukan tepat bagi menanduk masuk bola hantaran pemain tengah, Luis Alberto.
Selain daripada membantu Lazio meraih satu mata pada perlawanan tersebut, Provedel juga kini berada sebaris dengan tiga lagi penjaga gol yang pernah melakarkan jaringan dalam kempen bola sepak paling berprestij di Eropah itu.
Tiga lagi penjaga gol yang dimaksudkan ialah Hans-Jorg Butt, Sinan Bolat dan Vincent Enyeama.
1) Hans-Jorg Butt (Hamburg, Bayer Leverkusen & Bayern Munich)
Butt menjadi penjaga gol pertama yang menjaringkan gol dalam kempen UCL dan seterusnya mengumpul tiga gol menerusi sepakan penalti.
Tiga jaringan tersebut dihasilkan ketika beliau bersama pasukan berbeza dan menjadikan ia lebih menarik apabila ketiga-tiga jaringan itu hadir ketika menentang Juventus.
DID YOU KNOW?
Goalkeeper Hans-JΓΆrg Butt has scored three goals in the Champions League, including this penalty #OTD in 2002 π§€@bayer04_en | #UCL pic.twitter.com/ycy8INz82p
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 12, 2021
Gol sulung oleh Butt terhasil pada saingan 2000/01 yang menyaksikan Hamburg berjaya mengikat gergasi Itali itu 4-4 di peringkat kumpulan.
Musim berikutnya ketika bersama Bayer Leverkusen, Butt membuka tirai jaringan untuk membantu kelab tersebut menang 3-1 pada aksi kedua peringkat kumpulan.
Enam tahun kemudian yang menyaksikan beliau menyarung jersi Bayern Munich, Butt menyamakan kedudukan bagi menaikkan moral rakan sepasukannya untuk menambah jaringan dan mencatatkan kemenangan 4-1.
2) Sinan Bolat (Standard Liege)
#OnThisDay in 2β£0β£0β£9β£
β±οΈ 90. +5 @Standard_RSCL π @AZAlkmaar
β½οΈ Sinan Bolat π²πππ
#UCL pic.twitter.com/ai8dOQIAWA— UEFA.com DE (@UEFAcom_de) December 9, 2019
Sinan Bolat menghadapi situasi yang sama seperti Provedel apabila pasukannya ketinggalan 0-1 sehingga masa kecederaan dan beliau naik ke atas untuk membantu.
Sepakan percuma yang diambil rakan sepasukannya terus menuju ke kepalan beliau dan Bolat tidak mensia-siakan peluang pada minit ke-95 untuk menjaringkan gol.
Satu keadaan yang menjadikannya sebagai penjaga gol pertama menjaringkan gol bukan menerusi sepakan penalti. Keadaan ini menjadikan Provedel sebagai penjaga kedua mengikuti jejak langkah Bolat.
3) Vincent Enyeama (Hapoel Tel Aviv)
π³π¬ Vincent Enyeama becomes the third goalkeeper to score in the Champions League π§€#UCL pic.twitter.com/u24jZJeYvO
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 1, 2021
Enyeama yang merupakan kelahiran Nigeria menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sebanyak dua kali iaitu ketika pasukannya menentang FC Salzburg pada pusingan kelayakan dan mengulangi di peringkat kumpulan sewaktu bertemu Lyon.