Wakil tunggal Asia Tenggara, Vietnam tewas buat kali kedua dalam perlawanan saingan kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2022 menentang Australia di Stadium My Dinh semalam.
Skuad kendalian Park Hang-seo itu turun dalam misi memburu kemenangan setelah tewas kepada Arab Saudi dengan keputusan 3-1 pada perlawanan pembukaan namun juara bertahan Piala AFF Suzuki itu gagal untuk memberi saingan kepada pasukan lawan.
FT | 🇻🇳 Vietnam 0-1 Australia 🇦🇺
🦘 The Socceroos make it back-to-back wins to open Group B thanks to Rhyan Grant's first half header!
#AsianQualifiers | #VIEvAUS pic.twitter.com/XAvgCizmkr
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 7, 2021
Jaringan tunggal Rhyan Grant pada minit ke-43 sudah cukup untuk memberikan tiga mata kepada Socceroos sekaligus kemenangan kedua dalam B dan meletakkan skuad kendalian Graham Arnold menduduki tangga teratas, dibezakan dengan jumlah jaringan dengan pasukan di tangga kedua iaitu Arab Saudi.
Pada perlawanan seterusnya, Vietnam akan turun berdepan China pada pada 7 Oktober dan Oman pada 12 Oktober dan The Golden Star Warriors wajib meraih kemenangan jika mereka mahu menghidupkan semula peluang untuk mara ke temasya Piala Dunia 2022.
Satu lagi pasukan pilihan, Jepun turut berjaya mengutip kemenangan ketika berdepan China dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Yuya Osako pada minit ke-40. The Blue Samurai bangkit setelah tewas mengejut pada perlawanan pertama kepada Oman.
Baca artikel lain mengenai saingan bola sepak Asia di sini:
Zamsaham Bercadang Tingkatkan Pelaburan Untuk Dapatkan Pemain Bintang
Faktor Utama Mengapa Syarikat Besar Kurang Berminat Menaja Pasukan Liga Malaysia