Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham bercadang untuk meningkatkan pelaburan bagi mendapatkan pemain bintang untuk memperkuatkan pasukan musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh Norizam di laman Facebook rasmi beliau dimana selain mahu mendapatkan pemain bintang, beliau juga sedang dalam perancangan untuk membuat padang latihan yang lebih baik.

“In sha Allah saya bercadang nak labur lebih untuk mendapatkan pemain-pemain bintang untuk memperkuatkan TRW Kelantan,” katanya.

Zamsaham
Sumber Gambar: Facebook Zamsaham
Zamsaham
Sumber Gambar: Facebook Zamsaham

Kelantan menampilkan prestasi yang dianggap baik dalam saingan Liga Premier musim ini memandangkan pasukan itu menggunakan rata-rata pemain tempatan dan pemain import baharu.

Setelah mengharungi 18 perlawanan, The Red Warriors menduduki tangga ke-7 dengan kutipan 24 mata hasil daripada 7 kemenangan, 3 seri dan 8 kekalahan.

Selain itu, Kelantan juga masih lagi mempunyai peluang untuk layak ke saingan Piala Malaysia musim ini dengan syarat mereka mengutip kemenangan pada dua baki perlawanan liga menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor 2 sambil mengharapkan pencabar terdekat, Kuching City gagal untuk meraih kemenangan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Yusri Che Lah: Azhad Harraz Adalah Prospek Besar Negara

Kelayakan Piala Dunia 2022: Gol Kpah Sherman Bantu Liberia Tewaskan Central African Republic

Faktor Utama Mengapa Syarikat Besar Kurang Berminat Menaja Pasukan Liga Malaysia