Kejutan berlaku pada perlawanan pembukaan saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 apabila Jepun tewas kepada Oman dengan keputusan 1-0.
Jepun turun selaku pasukan pilihan dalam kumpulan B dan mereka dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah untuk memulakan saingan apabila menentang Oman.
Ketua jurulatih, Hajime Moriyasu menurunkan barisan terbaik beliau dimana beliau menurunkan pemain separti penyerang Eintracht Frankfurt, Daichi Kamada, Yuto Nagatomo dan Gaku Shibasaki sambil pemain Liverpool, Takumi Minamino, bintang Celtic, Kyogo Furuhashi dan pemain muda, Takefusa Kubo diletakkan di bangku simpanan.
✔ 試合終了
🏆 AFCアジア予選 –Road to Qatar –
🆚 日本🇯🇵 vs オマーン🇴🇲
🔢 0-1#Jリーグ #daihyo試合詳細はこちら👇https://t.co/UOq6uKXGZW pic.twitter.com/JjlUb00Ywm
— Jリーグ(日本プロサッカーリーグ) (@J_League) September 2, 2021
Akan tetapi, Oman menampilkan satu semangat juang yang tinggi dimana mereka mengikat Jepun sehingga minit ke-88 sebelum menjaringkan gol menerusi Issam Al Sabhi sekaligus meraih kemenangan pada perlawanan pertama.
Kekalahan ini nyata mengejutkan banyak pihak kerana mereka salah satu pasukan terbaik di Asia yang mempunyai pengalaman luas beraksi di temasya seperti Piala Dunia.
Satu-satunya wakil Asia Tenggara dalam saingan kelayakan pusingan ketiga, Vietnam yang turut berada dalam kumpulan B akan turun berdepan Arab Saudi pada esok.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Kelayakan Piala Dunia 2022: Vietnam Sedia Kejutkan Arab Saudi
Bintang Muda Indonesia, Witan Sulaeman Sertai Kelab Poland, Lechia Gdańsk
Keyakinan Sean Giannelli Meningkat Selepas Ledak Tiga Gol Bersama UiTM FC