Sebuah kelab V.League yang teruk dikecam kerana keadaan padang yang amat teruk sebelum ini telah diluluskan bajet khas oleh kerajaan tempatan untuk membaikpulih serta menaik taraf fasiliti di stadium mereka.

Kelab Song Lam Nge An dilaporkan akan menerima bajet berjumlah VND24 bilion atau sekitar RM4.5 juta untuk melakukan proses baik taraf termasuklah padang dan juga lampu limpah.

Namun, semua proses itu akan mengambil masa yang agak lama sekitar 4 hingga 5 bulan, dan bakal dimulakan selepas musim 2020 ini ditamatkan nanti.

Ngoai-binh-che-V-League-la-giai-nghiep-du-neu-so-sanh-voi-Thai-League-1-768×512

Namun begitu, pihak kerajaan tempatan juga ada menyediakan bajet lain untuk digunakan dengan segera bernilai VND300 juta atau RM55,000 untuk memperbaiki padang sementara menunggu proses naik taraf penuh nanti.

Secara umumnya keadaan fasiliti stadium terutamanya padang di Vietnam adalah amat teruk sekali sehingga para pemain mereka telah ramai mengalami kecederaan putus ligamen seperti artikel yang dikeluarkan sebelum ini.

Perkara itu memaksa pihak VPF untuk mula mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan untuk memastikan semua fasiliti ditambah baik atau berdepan dengan tindakan berat.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Lelong Jersi ‘Match Worn’ AFF Suzuki Cup 2018, Nguyen Van Quyet Kumpul Sumbangan Untuk Bantu Frontliners