Pengendali Liga Indonesia kini melarang semua pasukan Shopee Liga 1 2020 menggunakan pengangkutan kapal terbang untuk bertandang ke tempat lawan apabila saingan liga kembali bersambung pada 1 Oktober depan.
Liga 1 akan berlangsung tanpa henti dan semua kelab dikehendaki menaiki bas yang akan memakan masa selama belasan jam disebabkan oleh kedudukan tempat perlawanan yang sangat jauh.
Ketua pengarah Liga Indonesia, Akhmad Hadian Lukita dalam satu kenyataan di detik.com menjelaskan langkah itu terpaksa dibuat bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 dan mengelakkan jadual perlawanan terjejas.
“Kami melihat pengangkutan udara di Indonesia belum stabil. Kerana kalau naik kapal terbang, nanti tiada lagi penerbangan lain jika mereka sudah sampai di bandar itu. Ini akan memberi kesan buruk kepada jadual pertandingan,” jelasnya.
Mau ketawa takut dosa. Tapi ya gimana?? Petinggi liga sedang stand up comedy. https://t.co/DwsNdLQ6zi
— BROTHERS HOOD (@Ranggaraka928) September 14, 2020
Udah gila udah gila https://t.co/kti8ZarlIu
— . (@dzkynfl_) September 13, 2020
Akhmad Hadian turut mengakui beberapa kelab sudah mula melakukan bantahan kerana ia akan membebankan pemain mereka. Salah satu kelab yang menentang penggunaan bas ini ialah Persib Bandung.
Persib khuatir pemainnya akan kepenatan kerana perjalanan ke tempat lawan akan memakan masa sehari.
“Memang ada beberapa kelab yang bantah. Ada berpuluh perlawanan dan masa mereka akan banyak dihabiskan dalam perjalanan ke sesuatu tempat.
“Pemulihan stamina juga lebih panjang tetapi pengangkutan darat paling memadai mengikut protokol kesihatan dan jadual. Itu yang kita harapkan kepada kelab ini,” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
JFA Lantik Atsuto Uchida Sebagai Jurulatih ‘Role Model’, Tugasan Pertama Dengan Skuad Jepun U19