Kelab yang beraksi dalam saingan J League mengutarakan minat mereka untuk merekrut pemain muda negara khususnya pemain yang beraksi dalam saingan AFC Bawah 16 Tahun yang diadakan di Kuala Lumpur tahun lalu.
Beberapa wakil kelab J League ketika ditemui di acara World Football Summit (WFS) Asia yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada Isnin hingga Selasa lalu menyatakan beberapa pemain skuad bawah 16 tahun negara mempunyai potensi untuk menyinar.
Mereka sentiasa terbuka untuk membantu serta memberikan peluang kepada pemain untuk menampilkan potensi sebenar sekaligus membuktikan bahawa mereka mampu untuk beraksi di pentas yang lebih besar.
Pemain seperti Luqman Hakim Shamsuddin dan Najmuddin Akmal mula menjadi perhatian selepas menampilkan aksi cemerlang dalam saingan AFC Bawah 16 Tahun dan juga kejohanan Piala Sanix 2019.
Luqman berjaya muncul sebagai anntara penjaring terbanyak dalam saingan AFC Bawah 16 Tahun dimana beliau menjaringkan 5 gol sepanjang kejohanan berlangsung. Tidak terhenti di situm, Luqman turut tersenarai dalam kesebelasan terbaik Piala Sanix 2019.
Apa yang pasti, jika ada kelab J League yang memberikan tawaran kepada pemain muda negara untuk menjalani latihan ataupun menjalani proses pemilihan, pemain tersebut harus mengamil tawaran tersebut dan membuktikan kemampuan yang dimiliki.
Ketika ini, hanya seorang pemain Malaysia yang beraksi di J League iaitu Hadi Fayyadh yang beraksi bersama Fagiano Okayama dalam sainga J2.