Liverpool baru sahaja menamatkan penantian 30 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2019/2020. Tempoh 30 tahun itu merupakan satu jangka masa yang sangat lama dan itu yang dialami penyokong Liverpool.

Kesabaran para penyokong Liverpool sangat-sangat dikagumi penyokong kelab lain yang telah menjadi juara sepanjang tempoh tersebut. Namun, bukan skuad Jurgen Klopp sahaja yang terpaksa menanti lama untuk bergelar juara, malah masih ada lagi kelab-kelab besar di eropah yang masih memburu kejuaraan liga masing-masing.

1. Sporting Lisbon (18 tahun)

Eropah
Sumber Gambar: Sporting CP

Sebuah kelab yang terkemuka di pentas eropah, bekas kelab bintang Man United Bruno Fernandes itu masih belum lagi mampu menggapai kejuaraan liga sehingga ke saat ini. Peningkatan prestasi pencabar terdekat Benfica dan Porto membuatkan Sporting Lisbon hanya mampu untuk menduduki tangga ketiga dan naib juara liga sahaja saban tahun.

Sporting Lisbon walaubagaimanapun menjadi antara kelab yang paling berjaya di Portugal dengan mempunyai 18 gelaran juara di belakang Porto (28) dan Benfica (37).

2. Napoli (30 tahun)

Eropah
Sumber Gambar: Napoli

Seperti Liverpool, Napoli kali terakhir bergelar juara Serie A pada tahun 1990. Pada musim tersebut, Napoli dibarisi oleh Diego Maradona dan juga Gianfranco Zola yang membantu skuad kendalian Alberto Bigon untuk mengatasi AC Milan dengan perbezaan 1 mata.

Napoli kemudian terumbang-ambing di dalam liga, malah tersingkir ke divisyen 3 sebelum kembali ke Serie A pada 2007. Pada 2020, mereka berjaya menewaskan Juventus menerusi sepakan penalti dalam final Coppa Italia di bawah bimbingan Gennaro Gattuso.

3. Athletic Bilbao (36 tahun)

Eropah
Sumber Gambar: Athletic Bilbao

Athletic Bilbao merupakan sebuah kelab Basque yang berdiri teguh dengan polisi cantera, iaitu polisi hanya mengambil pemain Basque sahaja daripada akademi ataupun kelab yang lain.

Bekas kelab penyerang Aritz Aduriz itu muncul juara kali terakhir pada musim 1983/84. Sejak dari itu, mereka hanya mampu untuk mencapai kedudukan terbaik di empat kelima pada musim 2015/16, musim yang sama mereka menewaskan Barcelona dalam Supercopa de Espana.

4. AS Saint-Etienne (39 tahun)

Eropah
Sumber Gambar: AS Saint-Etienne

Kelab yang berpusat di Perancis ini merupakan antara kelab yang digeruni lawan pada satu ketika dahulu, dengan mendominasi saingan liga pada 60an, dan menjuarainya buat kali terakhir pada musim 1980/81.

Kelab yang digelar Les Verts yang bermaksud hijau, mengalami naik turun prestasi yang menyaksikan mereka tersingkir ke divisyen 2 beberapa kali. Saint-Etienne berjaya merangkul piala liga pada musim 2012/13 menewaskan Rennes 1-0.

5. Borussia Monchengladbach (43 tahun)

Eropah
Sumber Gambar: Borussia Moenchengladbach

Kelab yang pernah diwakili bekas pengendali Bayern Munich, Jupp Heynckes ini dilihat sebagai sebuah kelab yang mampu mencabar kejuaraan Bundesliga.

Namun, dengan kualiti pesaing seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund dan pencabar baru RB Leipzig, mereka tidak mampu untuk memacu kejuaraan yang pernah dimiliki pada musim 1976/77. Monchengladbach kini menduduki tangga ke 4 liga, merebut slot ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

6. Tottenham Hotspur (59 tahun)

Eropah
Sumber Gambar: Getty Images

Kelab London ini dibarisi ramai pemain berkelas dunia seperti Harry Kane, Heung Min Son, Dele Alli dan Hugo Lloris malah Spurs baru sahaja menerima khidmat pengurus pasukan yang paling berjaya di Liga Perdana Inggeris, Jose Mourinho.

Entah di mana silapnya, Tottenham yang juga finalis Liga Juara-Juara pada musim 2018/19 hanya mampu untuk mencabar kejuaraan liga dan menjadi naib juara saban tahun.

Tempoh kejuaraan liga yang dimenangi pada musim 1960/61 ini masih perlu dipanjangkan apabila mereka kini bergelut untuk merebut slot Eropah dan tewas dalam Piala Liga dan Piala FA pada musim ini. Namun, prestasi mereka lebih baik dibandingkan seteru mereka, Arsenal. Teruskan bersabar penyokong Spurs!

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

1 Gol 2 Assist Ronaldo Bantu Juve Belasah Lecce

Klopp: Lebih Bermakna Daripada Yang Saya Fikirkan

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?