Kelab Arab Saudi, Al Hilal berjaya mendapatkan khidmat pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Bromwhich Albion iaitu Matheus Pereira.
Perkara ini dikongsikan oleh Fabrizio Romano yang menyatakan Matheus telah lulus ujian perubatan yang dijalankan di Paris dan beliau menandatangani kontrak sehingga Jun 2026.
Done deal, here we go confirmed. Matheus Pereira has just signed his contract with Al Hilal until June 2026 – one year more than expected. πΈπ¦π§π· #AlHilal
Medical completed yesterday in Paris, Matheus has signed the agreement. Official announcement expected today by @Alhilal_FC. pic.twitter.com/Tt8EPQyhng
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 6, 2021
Perpindahan Matheus ke Al Hilal ini cukup mengejutkan kerana pemain berusia 25 tahun itu merupakan pemain terbaik West Brom dalam EPL musim lalu meskipun mereka tersingkir ke saingan EFL Championship musim ini.
Matheus menjaringkan 11 gol termasuk dua gol ketika menewaskan Chelsea dengan keputusan 5-2 di Stamford Bridge pada April lalu serta menyumbang enam assist.
Tawaran lumayan yang diberikan oleh Al Hilal nyata sukar ditolak oleh Matheus dimana beliau berkata tawaran yang diberikan bakal mengubah hidup beliau dan juga keluarganya. Selain itu, beliau mahu mencari cabaran baharu dengan beraksi di liga yang berbeza.
— Matheus Pereira (@MatheusPereira) August 2, 2021
Matheus Pereira menyertai West Brom secara pinjaman dari Sporting CP pada musim 2019/2020 dan beliau membantu kelab itu meraih promosi ke saingan EPL pada musim berikutnya.
Pada musim 2020/2021, West Brom berjaya mendapatkan khidmat Matheus secara tetap dan beliau menandatangani kontrak selama empat tahun.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Sumareh Dan Haikal Diumumkan Sebagai Wakil JDT Dalam Champions eFootball PES 2021
Dua Kelab La Liga Berminat Tandatangani Takefusa Kubo Secara Pinjaman