Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Amizal Shaifit Ahmad Rafie dilaporkan telah meninggal dunia petang tadi sekaligus mengejutkan ramai pihak termasuk peminat bola sepak tempatan.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Puncak Alam, jam 3.45 petang, namun punca kematian tidak diketahui.

229759483_4316636765026255_7834792076527124664_n

Beliau yang berusia 34 tahun dilantik sebagai presiden PFA sebelum saingan Liga Perdana musim 2019 membuka tirai pada mulanya dianggap sebagai penyelamat sekaligus menjadi titik kepada kebangkitan bola sepak Perlis setelah berada dalam tidur yang panjang dalam 10 tahun terakhir.

Kemuncaknya, pada 23 Februari 2019, Ahmad Amizal mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai presiden PFA dengan alasan beliau gagal untuk menjalankan tugas dengan baik.

Kami di VOCKET FC ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Amizal dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Safee Sali Disahkan Demam Denggi, Bojan Hodak Pertaruhkan Romel Morales Di Posisi Serangan

Dickson Nwakaeme Umum Persaraan Daripada Sukan Bola Sepak

Pasukan Kedah Dikuarantin Sehingga 14 Ogos