Nama bintang muda Jepun, Takefusa Kubo kian melonjak setelah menampilkan prestasi cemerlang dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersama skuad The Samurai Blue.
Baru-baru ini, dua kelab La Liga iaitu Real Sociedad dan Real Mallorca dikhabarkan berminat untuk menandatangani Kubo secara pinjaman dari Real Madrid bagi menghadapi saingan musim 2021/2022.
⚽️試合終了⚽️
🏆#Tokyo2020 準決勝
🇯🇵#U24日本代表 0-1 U-24スペイン代表🇪🇸⌚️20:00KO
📺日本テレビ系/BS日テレ4Kにて放送中
🔗https://t.co/DC8wCejLG8#jfa #daihyo #サッカー pic.twitter.com/URWPgD6LWf— サッカー日本代表 🇯🇵 (@jfa_samuraiblue) August 3, 2021
Jepun tewas kepada Sepanyol pada perlawanan separuh akhir dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Marco Asensio sekaligus terlepas peluang untuk memenangi pingat emas di laman sendiri.
Sepanjang beraksi di pentas Sukan Olimpik, Kubo membuat lima penampilan dan menjaringkan tiga gol sekaligus membantu Jepun mara ke peringkat separuh akhir.
Takefusa Kubo at the #Olympics:
5 games
3 goals
1.7 key passes per 90
2 big chances created
1.5 successful dribbles per 90
1.2 interceptions per 90via @FTalentScout pic.twitter.com/74BeZkg46G
— Asian Football (@AsianFootballs) August 3, 2021
Musim lalu, Takefusa Kubo beraksi secara pinjaman bersama dua kelab iaitu Villarreal pada awal musim dan kemudiannya beliau menyertai Getafe pada jendela perpindahan kedua musim 2020/2021.
Real Madrid turut menerima tawaran dari kelab luar Sepanyol bagi mendapatkan khidmat Kubo namun gergasi La Liga itu lebih berminat untuk meminjamkan pemain berusia 20 tahun itu kepada kelab Sepanyol.
Ini kerana Real mahu Kubo memperoleh pengalaman dan menguasai corak permainan yang diterapkan oleh pasukan La Liga sekaligus memudahkan pemain itu sekiranya menjadi pemain utama Los Blancos.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini: