Penjaga gol skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan mencatat sejarah apabila menjadi pemain Thailand pertama beraksi dalam saingan divisyen pertama liga bola sepak Belgium iaitu Jupiler Pro League.
Pada aksi menentang Cercle Brugge Sabtu lalu, Kawin dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan penjaga gol utama, Rafael Romo yang mengalami kecederaan ketika Leuven sedang ketinggalan 1-0.
46' | 1-0 | We voetballen opnieuw op Jan Breydel. Thamsatchanan start aan de tweede periode, net als Schrijvers. Siebe komt in de plaats van Asante.#CEROHL
— OH Leuven (@OHLeuven) April 10, 2021
Selepas dimasukkan, Kawin dibolosi sebanyak dua kali menerusi Ike Ugbo pada minit ke-56 dan Jérémy Taravel pada minit ke-73 sekaligus menyebabkan Leuven mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut dalam dua perlawanan.
Kawin kali pertama beraksi bersama Leuven ialah pada musim 2018 hingga 2019 lalu dimana ketika itu kelab ini masih beraksi dalam saingan divisyen kedua. Pemain yang juga pernah dilantik sebagai ketua pasukan Thailand ini kemudiannya beraksi secara pinjaman bersama kelab Jepun, Consadole Sapporo pada musim 2020 sebelum dipanggil semula oleh Leuven.
Saingan Liga Belgium musim ini turut diwarnai oleh seorang lagi pemain dari Asia Tenggara iaitu Luqman Hakim yang beraksi bersama KV Kortrijk.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Asia Tenggara yang beraksi di Eropah di sini:
Kawin Thamsatchanan Berpeluang Jadi Penjaga Gol Nombor Satu OH Leuven
Allee Putra Dan Saurav Singh Diturunkan Pada Aksi Menentang Atletico Madrid