Kapten Newcastle United, Jamaal Lascelles dilaporkan telah ditumbuk dan dibaling dengan botol oleh sekumpulan samseng di jalanan yang “mengugut untuk menembak” dirinya.

Baca Juga:

Kumpulan geng lelaki itu turut mencederakan abangnya dan membuatkan rakan mereka “tidak sedarkan diri” ketika meninggalkan kelab Chinawhite di Newcastle.

Saksi yang melihat kejadian itu berkata, pergaduhan tercetus apabila seorang samseng menyiku adik lelaki Lascelles yang berusia 19 tahun di kerongkong.

“Serangan tanpa provokasi” itu menyaksikan Lascelles menolak lelaki itu sebelum pergaduhan tercetus, hanya beberapa jam selepas dia menjadi pemain simpanan dan tidak diturunkan ketika mereka tewas 0-1 kepada Manchester City di The Etihad.

Rakaman menunjukkan “botol vodka” dilemparkan ke kepala kapten sebelum hilang dan pecah di jalan. Sekumpulan enam hingga lapan lelaki kemudian dilaporkan menyerang bek tengah itu dan dia “ditumbuk dari semua sudut”.

Salah seorang daripada kumpulan pemain bola sepak itu terpaksa “dikejutkan semula” selepas pengsan selama sepuluh minit, dakwa seorang saksi.

Lascelles – memakai jaket hijau – dikatakan mengalami kecederaan di telinganya dalam pergelutan itu.

Sumber memberitahu:

“Ada darah keluar dari mulut abangnya”.

“Salah seorang rakan Lascelles terbaring di jalan dan kemudian ditendang di muka dan pengsan selama lebih sepuluh minit. Dia sedang diselamatkan apabila polis tiba.”

Laporan dari Mail Sport berkata Lascelles telah memasuki kawasan ‘Zombie Zone’ yang tidak sesuai dilalui oleh orang awam selepas pukul 2 pagi.

Kawasan itu sebenarnya tempat yang menyeronokkan dengan penduduk mesra namun ia akan bertukar menjadi seram pada waktu pagi buta.