Kane terus dihantui kemarau trofi ketika membuat debutnya di Bayern Munich, di mana Bayern tewas 0-3 kepada RB Leipzig dalam Piala Super Jerman.

Baca Juga:

Hanya beberapa jam selepas melengkapkan perpindahan £86 juta dari Tottenham pada hari Sabtu, penyerang itu masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-64 dan menerima tepukan gemuruh di Allianz Arena.

Dia hanya melakukan tiga sentuhan dan memberi impak yang sangat sedikit.

Dani Olmo menjaringkan hatrik untuk Leipzig untuk menafikan Kane yang berusia 30 tahun daripada menjulang trofi pertama dalam kariernya.

Penyerang Sepanyol itu sudah menjaringkan 2 gol sebelum Kane dimasukkan. Dan dia mencetak hatrik dengan sepakan penalti selepas kemasukkan Harry Kane.

Pengurus Bayern, Thomas Tuchel berkata: “Ia adalah masalah besar kerana kami dan dia [Kane] pasti merasakan seolah-olah kami tidak melakukan apa-apa [latihan] dalam empat minggu lalu.”

“Saya tidak dapat menjelaskannya. Ia tidak mencukupi di setiap bahagian. Saya tidak tahu mengapa. Tidak ada kaitan antara bentuk dan sikap kami dalam perlawanan dan prestasi kami di atas padang.”

“Ia adalah perkara yang paling teruk kerana terdapat percanggahan yang begitu besar.”

Tuchel kemudian meluahkan rasa simpatinya kepada Harry Kane yang menjadi mangsa kepada prestasi buruk pasukannya.

“Saya simpati dengan beliau [Kane]. Persembahan kami hari ini tiada kaitan dengan apa yang kami cuba lakukan. Kami tidak mencipta peluang yang cukup untuk beliau [Harry Kane]. Saya minta maaf.”

Kekalahan ini melanjutkan lagi kemarau trofi Harry Kane. Di mana dia harus menunggu lebih lama untuk merasaik trofi kompetitif pertamanya bersama Bayern.

Kane menyertai Bayern untuk memenangi trofi dan dianggap ianya langkah terbaik untuk dia merasai trofi yang banyak terutama sekali di peringkat domestik.