Juventus dilaporkan telah menolak bidaan Bayern Munich bagi mendapatkan pertahanan tengah, Matthijs De Ligt.
Bayern dilaporkan sudah mencapai kesepakatan syarat peribadi dengan De Ligt.
Tetapi gagal mencapai kesepakatan harga untuk pemain tersebut. Ini apabila Bayern menawarkan harga jauh lebih rendah daripada tanda harga diletakkan Juve untuk pemain antarabangsa Belanda itu.
No agreement yet between Juventus and Bayern for Matthijs de Ligt. The clubs will be in contact again this week to negotiate. 🇳🇱 #transfers
Juve have been informed that de Ligt agreed personal terms with Bayern – but takes times to find final solution between clubs. pic.twitter.com/jn2HhCuweF
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 11, 2022
Bayern Munich menawarkan harga £51 juta dengan £8.5 juta bonus tambahan untuk mendapatkan pemain yang turut menjadi sasaran Chelsea itu.
Nilai itu jauh daripada yang dijangka oleh Juventus. Kerana pemain itu memiliki klausa pelepasan £105 juta.
Bayern Munich want to sign Juventus centre-back Matthijs de Ligt, who is a Chelsea target this summer 👀 pic.twitter.com/M5ZljL0Sdl
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 4, 2022
Oleh sebab itu, Juventus berharap Bayern dapat menawarkan harga yang lebih tinggi untuk pemain itu. Di mana Juventus mahukan sekurang kurangnya £68 juta (sekitar EUR80 juta).
Bayern pula merasakan bahawa harga lebih daripada £60 juta sebagai terlalu mahal untuk pemain tersebut.
Namun begitu, pengarah Sukan Bayern Munich, meneruskan lagi rundingan tersebut. Beliau kini berada di Turin. Dan dia sempat memberitahu media bahawa Bayern sentiasa optimis.
#Salihamidzic lascia Torino e riparte per Monaco di Baviera. Sulla trattativa per #DeLigt: “C’è ottimismo? Sempre”🔥🇳🇱 @Goalitalia @Goal pic.twitter.com/bK2mqUiVg8
— Romeo Agresti (@romeoagresti) July 11, 2022
Ini bukan pertama kali Bayern menganggap tanda harga pemain kelab lain sebagai mahal. Misalnya, Sadio Mane sebelum ini. Namun Bayern kemudian berusaha memastikan bahawa rundingan tersebut akan dimeterai, kerana pemain tersebut dikhendaki Julian Nagelsmann.
Bayern memulakan bidaan sekitar £21 juta untuk Sadio Mane. Jauh daripada £40 juta yang diletakkan Liverpool.
Beberapa siri rundingan kemudian menyaksikan Bayern kemudian menaikkan bidaan kepada £25 juta dan akhirnya sepakat untuk harga £39 juta.
Juventus sebenarnya terpaksa berusaha menjual De Ligt kerana beban hutang yang ditanggung oleh kelab.
Penjualan De Ligt boleh membantu kelab menambah sedikit pendapatan mereka. Di samping dapat memastikan akaun FFP mereka tidak sakit.