Pengendali Tajikistan, Petar Segrt menyatakan bahawa skuadnya pincang kerana tidak ada 15 pemain utama menjelang aksi final Pestabola Merdeka 2023.
Baca Juga:
- Malaysia vs Tajikistan: Kim Pan-gon Beri Teguran Kepada Petar Šegrt
- Pestabola Merdeka 2023: Jurulatih Tajikistan Minta Pengadil Lebih Bagus Pada Aksi Final
- Tajikistan Ganti Lubnan Sertai Pestabola Merdeka 2023
Tajikistan akan bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini.
Dalam sidang media sebelum perlawanan, Petar Segrt menegaskan bahawa Malaysia tiada alasan untuk tak menang ke atas mereka. Kerana skuadnya, pasukan Tajikistan tidak memiliki kekuatan optimum dan pincang.
Ini selepas kelab seperti Istiklol enggan melepaskan pemain mereka. Kerana mahu fokus kepada Liga Juara Juara Asia / ACL.
Bercakap kepada wartawan sebelum perlawanan, beliau berkata Malaysia memiliki kelebihan kerana bermain di gelanggang sendiri dan menunjukkan corak permainan yang baik menentang India.
“Kami datang ke sini tanpa 15 tonggak utama skuad kami. Istiklol enggan melepaskan pemain mereka untuk tugasan antarabangsa kali ini.”
“Saya melihat Malaysia bermain dengan sangat baik, saya suka dengan corak permainan kamu dan pemain kamu. Dan kamu ada kelebihan bermain di gelanggang sendiri.”
“Ini peluang terbaik untuk kamu menang ke atas kami esok [hari ini]. Tak akan nak tunggu kami bermain 5 pemain?”
Seterusnya Petar Segrt berharap pengadil yang bertugas akan menjalankan tugas dengan baik tidak seperti aksi ketika Malaysia bertemu India.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon tidak menerima alasan Segrt itu kerana menurutnya, mana mana pasukan akan berdepan perkara yang sama atau pernah melaluinya.