Pengurus Croatia, Zlatko Dalic memberikan amaran kepada pemain pemain Argentina agar menjaga kelakuan mereka dan tidak terlalu koyak ataupun emosional ketika aksi antara kedua dua pasukan nanti

Baca Juga:

Croatia berdepan dengan Argentina dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2022.

Croatia berharap Argentina akan menjaga kelakuan mereka pada aksi separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 , tidak seperti ketika  mereka menentang Belanda.

Perlawanan itu menyaksikan 16 kad kuning dan satu kad merah dilayangkan. Membuatkan persatuan bola sepak kedua dua pasukan dikenakan tindakan kerana gagal mengawal kelakuan pemain mereka. 

Argentina akhirnya menang menerusi sepakan penalti selepas mensia-siakan pendahuluan dua gol tetapi permainan dicemari dengan pelanggaran disiplin dari kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan.

Kapten Argentina, Lionel Messi berbalas kata dengan jurulatih Belanda Louis van Gaal selepas wisel penamat dan menggelar seorang pemain Belanda ‘bodoh’ ketika temubual dengan wartawan selepas perlawanan.

Croatia, naib juara pada 2018, telah merasai sendiri perangai emosi Argentina pada masa lalu berikutan kemenangan peringkat kumpulan ke atas mereka pada Piala Dunia 2018.

Dengan jurulatih Argentina ketika itu, Jorge Sampaoli enggan berjabat tangan dengan Dalic.

Jurulatih Croatia nasihati Argentina jangan koyak

Tetapi Dalic, yang pasukannya menewaskan pasukan pilihan kejohanan Brazil juga menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara separuh akhir Piala Dunia buat kedua berturut-turut, berkata dia tidak berdendam.

“Saya faham apa yang berlaku dan jangkaan yang tinggi ketika itu (pada 2018). Ia berlaku dan kami tidak akan menyimpan sebarang dendam,” kata Dalic pada sidang akhbar pada Isnin.

“Saya tidak marah kepada sesiapa dalam keadaan emosi. Argentina menentang Belanda juga agak bersemangat dan sukar dengan banyak tingkah laku yang tidak berkaitan dengan bola sepak.”

“Saya sangat berharap perkara ini tidak akan berlaku esok.”

Pemain Argentina turut mengejek Belanda pada penghujung penentuan sepakan penalti manakala beberapa pemain Belanda telah membuat provokasi kepada Argentina semasa permainan.

“Perlawanan esok adalah perlawanan yang hebat untuk Argentina dan juga kami. Pertaruhannya tinggi untuk kedua-duanya dan satu tempat di final menjadi taruhan,” kata Dalic.

Croatia akan berharap untuk mara ke final Piala Dunia untuk kali kedua berturut-turut.

“Bagi saya perlawanan separuh akhir menentang England [pada 2018] adalah antara perlawanan terhebat sepanjang zaman untuk Croatia.”

“Perlawanan menang ke atas Brazil (pada suku akhir di Qatar) menduduki tempat kedua dan perlawanan esok akan menjadi ketiga dalam senarai itu,” kata Dalic.

“Tetapi jika kami menang esok, ia akan menjadikannya perlawanan Croatia terhebat sepanjang zaman.”

Nasihat Dalic kepada pemainnya dan beberapa peminat mereka yang telah  berada ke Qatar adalah untuk menikmati permainan.

“Saya selalu berkata kepada peminat dan pemain kami untuk menikmati bola sepak,” katanya.

“Setiap daripada kami perlu menikmati kerja, profesion yang kami lakukan. Hanya jika pemain gembira mereka boleh menjadi apa yang mereka mahukan.”

“Mereka berhak mendapat kegembiraan untuk menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik di dunia.”