Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris dakwa pengurus Liverpool Jurgen Klopp susulan kritikannya terhadap pengadil, Paul Tierney ketika aksi EPL menentang Tottenham Hotspur.
Baca Juga:
- Klopp Simpati Dan Gembira Tengok Kepayahan Chelsea
- Lalui Kempen Suram, Klopp Mahu Berbelanja Hadapi Musim Baharu
- Analisis: Klopp, Ten Hag Ada Masalah Sama Namun Solusi Berbeza
Walaupun Liverpool mencatat kemenangan 4-2 namun Klopp jelas tidak puas hati dengan tindakan pengadil itu melayangkan kad kuning kepadanya kerana meraikan jaringan kemenangan Diogo Jota di hadapan pegawai perlawanan, John Brooks.
Jaringan Jota hadir hanya 99 saat selepas Richarlison melengkapkan kebangkitan Tottenham yang ketinggalan 3-0 di Anfield.
“Jurgen Klopp dari Liverpool FC didakwa selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad, 30 April.
“Ulasan pengendali itu berkenaan pengadil perlawanan ketika wawancara selepas perlawanan didakwa mempunyai unsur salah laku apabila menuduh pengadil berat sebelah, dan/atau mempersoalkan integriti pengadil, dan/atau bersifat peribadi, dan/atau memberi nama buruk terhadap sukan ini.
“Jurgen Klopp diberi tempoh sehingga Jumaat, 5 Mei untuk memberikan jawapan,” kata FA Inggeris.
Jurgen Klopp clashing with referee Paul Tierney when Liverpool play Tottenham is now inevitable
A proper Premier League rivalry 😅
— Football Daily (@footballdaily) April 30, 2023
Kesalahan Klopp kali ini dijangka akan menyebabkan pengendali itu bakal dihukum penggantungan beberapa perlawanan.
Klopp mengakui kesilapannya dan menyesal di atas tindakannya selepas jaringan Jota – meraikannya di hadapan Brooks dan menuduh Tierney berkata sesuatu yang tidak sepatutnya.
Semalam Klopp menarik balik tuduhannya terhadap Tierney, mengakui yang pengadil itu bertindak dengan betul tetapi pada masa sama menegaskan yang ada sejarah di antara kedua-dua pihak.
“Saya tidak kata apa-apa kepada Brooks. Saya hanya jerit; ‘Tanpa kamu, tanpa kamu’. Ia tidak membawa maksud apa-apa. Kemudian Tierney datang kepada saya dan melayangkan kad kuning.
“Saya pasti dia tidak mempunyai niat apa-apa terhadap saya tetapi kami mempunyai sejarah yang saya tidak boleh nafikan,” kata Klopp.
The CEO of Ref Support thinks a points deduction would address Jurgen Klopp's behaviour 😳 pic.twitter.com/fZzCafO9LL
— FootballJOE (@FootballJOE) May 2, 2023
Klopp pernah digantung satu perlawanan di awal musim kerana tindakannya ketika kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Manchester City di Anfield. Dia turut didenda 30,000 pound (RM167,049) serta diberi amaran.