Ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann percaya negara itu mampu untuk menjadi kuasa besar di peringkat antarabangsa.
Baca Juga:
- Vietnam Bakal Uji Kekuatan Korea Selatan
- PSG Sambar Pemain Korea Selatan Dengan Kontrak 5 Tahun
- Media Korea Klaim Lee Kang In Pengganti Messi Di PSG
Korea sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Wales dalam satu perlawanan persahabatan dan pasukan itu mencari kemenangan pertama sejak Klinsmann dilantik sebagai pengendali pasukan pada Februari lalu.
Empat perlawanan persahabatan sebelum ini menyaksikan Korea gagal meraih kemenangan dimana mereka seri ketika menentang Colombia dan El Salvador serta tewas kepada Uruguay dan Peru namun pengendali dari Jerman itu percaya pasukannya berada di landasan yang betul.
🗣️ “If you want to have a very successful team in a real World Cup then you need to have your players in the best leagues in the world.”
Jürgen Klinsmann says South Korean football is on the rise. 🇰🇷⏫️ pic.twitter.com/dClV8MbLLS
— Football Daily (@footballdaily) September 6, 2023
“Korea baru sahaja menduduki tempat keempat dalam temasya Piala Dunia B-20 Tahun dan anda boleh lihat semakin ramai pemain dari negara ini beraksi di Eropah untuk berkembang dan belajar perkara baru.
“Mereka juga mempunyai idola seperto Soony (Son Geung-min) dan Kim Min-jae. Kalau anda mahu berjaya di peringkat antarabangsa, maka anda perlu mempunyai pemain yang beraksi di liga terbaik dunia.
“Kita akan berdepan cabaran dalam Piala Asia 2023 Feberuari ini. Saya gembira kerana kami berada di sini untuk mempersiapkan diri dan memastikan kami bersedia, langkah demi langkah,” katanya.
Jurgen Klinsmann baru-baru ini mendapat kritikan dari peminat bola sepak Korea kerana beliau jarang berada dalam negara itu dan menghabiskan banyak masa di Amerika Syarikat.
Ramai pihak terkejut kerana beliau mengeluarkan senarai pemain yang dipanggil dalam bentuk PDF dan bukan mengadakan satu sidang media seperti yang dilakukan sebelum ini.
Meskipun mendapat kritikan, bekas pengendali Jerman dan Amerika itu percaya itu adalah sebahagian daripada kerja sebagai pengurus skuad kebangsaan dan menganggap kritikan sebagai salah satu proses pembelajaran.