Pemain pertahanan negara, Junior Eldstål bakal beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia apabila beliau sah menyertai Dewa United bagi menghadapi musim 2023/2024.
Baca Juga:
- Junior Eldstål Sertai Kelab Thailand, PT Prachuap
- Junior Eldstål Teruja Kembali Beraksi Bersama Johor Darul Ta’zim
- Junior Eldstal Kembali Semula Ke JDT
Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi pengumuman di laman media sosial dimana Junior menjadi satu-satunya pemain dari Malaysia yang beraksi di divisyen pertama liga bola sepak negara seberang.
𝐎𝐮𝐫 𝐍𝐞𝐰 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 🇲🇾
Selamat Datang @JuniorEldstal 🤝🖤#DUFC#anakdewa#liga1#BEBRAVE pic.twitter.com/0Q2ma86SlG
— DEWA UNITED FC (@dewaunitedfc_) July 20, 2023
Sebelum ini, Junior beraksi dalam saingan Thai League 1 dimana beliau menyarung jersi PT Prachuap dimana pemain itu menyertai pasukan pada Januari tahun ini.
Sebelumnya, pemain berusia 31 tahun itu sempat beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selama enam bulan selepas meninggalkan Chonburi FC.
Perpindahan Junior Eldstål ke Indonesia ini mendapat sambutan yang baik dari peminat bola sepak tanah air dimana rata-rata dari mereka berharap pemain itu dapat menemui semula rentak permainan sebenar.
Perpindahan ke Dewa United dianggap baik untuk Junior dalam usaha beliau untuk merebut tempat bagi beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada Januari tahun hadapan.