Juara Liga Super 9 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan perlawanan pra musim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Januari ini dan bakal menghadapi empat kelab dari Eropah termasuk Juara Liga Rusia.
Baca Juga:
- RASMI: Diogo Luis Santo Kembali Sarung Jersi JDT
- Bekas Pemain JDT Turut Bantu Argentina Menang Piala Dunia
- ABK22: JDT ‘Menang Besar’, Arif Aiman Kekalkan Gelaran MVP
Antara kelab yang dihadapi oleh JDT ialah kelab dari Bulgaria, FC Levski Sofia dan 3 kelab dari Rusia iaitu FC Rostov, FC Lokomotiv Moscow serta FC Zenit ST. Petersburg (Juara Liga Rusia).
Satu lagi kelab dari Liga UAE yang turut menjadi lawan mereka akan diumumkan kemudian.
Para pemain dan barisan kejurulatihan JDT akan kembali melaporkan diri pada 8 Januari ini menjelang kempen 2023. Mereka akan dikendalikan oleh jurulatih baharu dari Argentina, Esteban Solari.
SOUTHERN TIGERS RETURN FOR PRESEASON JAN 8, SET FOR FRIENDLIES IN DUBAI AGAIN
JDT players and coaching staff will report for duty on January 8 ahead of the 2023 campaign and travel to Dubai, United Arab Emirates for preseason international friendlies.
[1/2] pic.twitter.com/K78qWiuYRC
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 4, 2023
Dubai sentiasa menjadi destinasi persiapan pasukan Harimau Selatan di luar negara setiap tahun kerana ia adalah tempat dimana kelab dari eropah mengadakan latihan pra musim mereka sebelum menyambung aksi liga.
Sebelum ini, JDT turut mengadakan perlawanan persahabatan di sana bertemu Spartak Moscow dan Rodina Moscow (Russia), Riga FC (Latvia) serta MSK Zilina (Slovakia).
Hasil persiapan daripada perlawanan itu membantu menambah sengat pasukan sekali gus memberi petanda betapa JDT sedia untuk terus mendominasi saingan tempatan musim ini.